Kehangatan Twisties Superstarz X Kini Semakin Terasa!!!
Hiburan. Diterbitkan 12 tahuns lalu .
oleh AbangNara
Oho ~~~~~ Selepas 3 minggu mengelilingi Malaysia, uji bakat untuk Twisties Superstarz X telah pun ditutup. Nampaknya ikonik superstar yang dicari akan ditemui tidak lama lagi. Berdebar jantung Abang Nara dibuatnya.
Advertisement
Dan Abang Nara semakin teruja apabila senarai 6 peserta akhir yang bakal dilatih oleh Altimet dan Prema Yin telah dikeluarkan di www.twisties.com.my . Bayangkan betapa susahnya untuk memilih 6 peserta terhebat antara ratusan orang yang datang ke uji bakat. Memang pening kepala dibuatnya.
Sekali pandang memang nampak ada aura superstar di wajah mereka. Setelah melihat video-video audition kesemua 6 peserta di atas, Abang Nara merasakan team Prema Yin lebih hebat daripada segi vocal dan bermain instrument berbanding team Altimet. Namun team Altimet pulak nampak lebih kelakar, gila-gila dan ada personaliti yang tersendiri. Nampak gayanya memang sengit pertarungan yang bakal berlaku.
Perlu diingatkan juara yang dicari di dalam Twisties Superstarz X bukan sahaja berdasarkan vocal tetapi harus mempunyai X Factor. Bagi Abang Nara, Lina daripada team Altimet ada kesemua itu. Kalau korang tengok video audition si Lina di www.twisties.com.my, memang boleh buat gelak. Kreatif sangat-sangat. Memang ada potensi untuk si Lina ini bergelar juara Twisties Superstarz X jika dilatih dengan mantap oleh mentornya iaitu Altimet.
Menarik kan webisode Grooming & Challenge di atas? Kan Abang Nara dah cakap si Lina tue memang ada personaliti yang awesome. Gerak hati Abang Nara menyatakan yang memang Lina yang bakal bergelar juara Twisties Superstarz X. Namun begitu, Abang Nara pasti akan ada peserta lain yang akan membuat kejutan dengan keunikan mereka. Korang pula fikir macam mana?
Video Challenge 1 & Challenge 2 Abang Nara dah kongsikan di atas. Sekarang ini korang kena pergi tengok video Challenge 3 & 4 dan undi siapa yang korang rasa layak menjadi juara di http://www.twisties.com.my/#/challenges. Pilihan di tangan anda. Andalah penentunya. Webisode Grooming & Challenge untuk 6 peserta akhir akan bermula pada 6 Mei sehingga 19 Mei ini. Mereka akan bertanding 4 kali dalam Grooming Challenges sebelum bertarung buat kali terakhir pada 25 Mei di Aquasonic. Korang wajib tengok sebab undian anda diperlukan untuk menentukan siapa yang bakal menjadi Twisties Superstarz X. Yang penting, pilih pada bakat dan bukan pada rupa semata-mata. Abang Nara pilih Lina sebab suaranya power dan personalitinya yang nampak kelakar. Untuk mengikuti perkembangan terkini , info semasa dan peluang untuk mendapatkan tiket percuma ke grand finale, follow Twitter.com/Superstarz_X atau LIKE Facebook Twisties Malaysia .Good luck and all the best untuk 6 peserta akhir Twisties Superstarz X.
Dapatkan berita terkini dan sensasi dan pelbagai kandungan menarik.
Popular Sekarang
Kehidupan 1 tahun lalu
21 Kali Pintu Gerbang Diketuk Dan Diubai Suai, Masjid Andalusia Menjadi Lokasi Tarikan Di Kelantan
Hiburan 1 tahun lalu
“Bella Sentiasa Senyum & Sembunyikan Masalah..” – Puteri Sarah Nasihat Bella Berikan Prioriti Pada Anak, Jangan Fikir Orang Lain
Hiburan 1 tahun lalu
“Kalau Dah Nama Lelaki, Sampai Mampus Pun Orang Akan Tetap Salahkan..” – Sharnaaz Ahmad Tuju Pada Siapa?
Kehidupan 1 tahun lalu
“Influencer Buat Air Manis Tak Kecam, Agamawan Saran Kurma Letak Butter Ramai Pulak Bitter” – Individu Geram Netizen ‘Pilih Kasih’
Hiburan 1 tahun lalu
“Semoga Ada Jalan Mudah” – Ude Tarik Saman Fitnah Terhadap Intan Saleh, Izreen Azminda Kekal Teruskan Saman
Komen
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.