Baru-baru ini, perkongsian daripada bekas personaliti televisyen iaitu Azrinaz Mazhar Hakim telah berjaya meraih perhatian warganet.
Hari lahir putera sulung
Hantaran tersebut merupakan ucapan hari lahir ke-18 pada 1 Jun lalu buat cahaya mata sulungnya iaitu Putera Abd Wakeel, anakanda Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah.
Selamat ulang tahun ke-18 kepada Putera Raja yang dikasihi!
Semoga hari istimewa ini menjadi mempesona dan megah seperti anda. Ini adalah tahun yang dilimpahi dengan kasih sayang dan berkat yang tidak berkesudahan.
View this post on Instagram
Pada masa yang sama, Azrinaz turut meluahkan rasa bangga dengan anak sulungnya itu dan berjanji akan sentiasa menyayanginya .
Kehadiranmu memenuhi hatiku dengan rasa bangga yang tidak terkira, aku bersyukur memilikimu sebagai milikku. Dengan cinta yang kekal seumur hidup dan seterusnya, selamanya dan sentiasa.
Sekadar info, Azrinaz pernah menjadi isteri kedua kepada Sultan Brunei pada 2005 lalu sebelum berpisah lima tahun kemudian. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Putera Abd Wakeel dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.