Kegusaran Masalah Penyakit Obesiti

Trending

Kegusaran Masalah Penyakit Obesiti

Mengusuri laman pengguna Instagram, tidak dinafikan pasti ada antara mereka yang berkongsi gambar tentang diet pemakanan sihat atau melakukan aktiviti riadah.

Mungkin dilihat ia satu perkara normal namun, gaya hidup sebegitu semakin dilihat menyerlah dan mampu dikatakan mengikut perkembangan ‘gaya hidup’ semasa.

Advertisement

Tidak hanya dilaman sosial, malah penyertaan terhadap acara larian maraton yang dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun korporat sering mendapat sambutan menggalakkan.

Biarpun kelihatannya seperti warga tempatan peka terhadap kesihatan diri dengan amalan gaya hidup sihat, namun perkara tersebut bagaimanapun tidak mampu menafikan fakta laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015.

Berdasarkan laporan tersebut, kira-kira 5.6 juta orang dewasa berumur 18 tahun ke atas di negara ini mempunyai masalah berat badan berlebihan manakala 3.3 juta individu disahkan menghidap obesiti.

Biarpun gaya hidup masyarakat tempatan di alam maya tampak ‘sempurna’ namun, realiti kehidupan mempamerkan refleksi berbeza dan ia mungkin akan membimbangkan kerana difahamkan angka tersebut meningkat saban tahun.

Jika dahulu, obesiti sering dikaitkan dengan masalah serangan jantung, tetapi masalah kesihatan tersebut kini mampu menjadi salah satu punca kematian.

Melihat bayi comel yang bertubuh gempal atau lebih mesra dipanggil ‘tebal’, mungkin dilihat comel pada usia ketika itu. Tetapi ia mungkin mendatangkan kemudaratan apabila menjelang usia remaja hingga dewasa.

Makanan seimbang dapat mengelakkan kita daripada penyakit obesiti. -myhealth

Gaya  Hidup Sihat

Impak obesiti bukan sekadar melibat emosi memandangkan individu yang memiliki fizikal besar atau obes sering dikaitkan sebagai pemalas, lembap, pemalas dan kadang-kala menjadi mangsa buli.

Pelbagai pandangan negatif dilabelkan sekiranya individu berkenaan memiliki bentuk fizikal yang dirasakan berbeza dengan sehingga boleh berlaku masalah kemurungan.

Justeru, amalan gaya hidup sihat bukan sahaja melibatkan pemakanan seimbang tetapi ia turut dipengaruhi dengan pergaulan serta cara seseorang itu menangani tekanan.

Kawalan pemakanan dengan menggunakan teknik piramid makanan atau suku, suku, separuh merupakan antara cara yang dapat membantu mencegah daripada masalah obesiti. Individu perlu mengambil separuh hidangan terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Suku bahagian pula karbohidrat manakala suku bahagian lagi protein.

Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi berulang kali merupakan salah satu cara untuk meningkatkan tahap metabolisme badan dan sebaiknya mengelakkan diri daripada kelaparan kerana ia membuatkan individu berkenaan cenderung untuk makan lebih banyak.

Kawal pengambilan makanan mengikut kalori yang diperukan oleh tubuh setiap hari. the inspiration room

Selain itu, banyakkan minum air putih dan kurangkan mengambil minuman manis serta berkarbonat adalah salah satu cara penjagaan kesihatan dna ia turut dapat membantu mengawal berat badan.

Seterusnya, cuba luangkan sekitar 20 minit bagi satu sesi dan lakukannya sebanyak tiga kali seminggu. Bagi peringkat awal, mulakan dengan aktiviti riadah mahupun senaman ringan sebelum beralih kepada kaedah yang lebih agresif.

Paling utama, gunakan kelengkapan dan pakaian yang bersesuain ketika kelakukan aktiviti kecergasan bagi mengelakkan kecederaan dan perkara yang tidak dingini.

Bagi membantu untuk dijadikan sebagai galakan, pilih kenalan yang dapat menjadi pendorong mahupun teman melakukan aktiviti riadah atau rakan diet.

sumber . www.imedik.org dan utusan online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...