Keguguran Bukan Disebabkan Umum Kehamilan Awal – Fasha Sandha

Hiburan

Keguguran Bukan Disebabkan Umum Kehamilan Awal – Fasha Sandha

Hamil pada usia 35 tahun yang diakui mempunyai risiko, pelakon Fasha Sandha menganggap keguguran yang dia alami sebelum ini adalah ketentuan takdir dan belum lagi mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata.

Bukannya kerana dia membuat pengumuman tentang kehamilannya terlalu awal seperti yang disindir oleh sesetengah netizen.

Advertisement

Sebenarnya ia bergantung pada nasib dan rezeki seseorang itu sebab sebelum ini saya hamil Raysha, saya ada umum juga ketika kandungan di peringkat awal.

Ada orang hamil lima bulan pun boleh mengalami keguguran. Semuanya adalah rezeki. Tidak ada pun orang mengatakan kalau umum hamil awal nanti ada sesuatu tidak baik berlaku. Tapi, saya tidak kisah apa orang nak kata. Ikut pada mereka yang ingin menilai sebab semuanya berbalik pada soal rezeki.

Fasha mengalami keguguran pada 7 Jun lalu dimana usia kandungannya ketika itu hampir mencecah tujuh minggu. Mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku, Fasha memberitahu dia akan lebih berjaga-jaga dan berehat secukupnya sekiranya diberikan rezeki untuk hamil lagi.

Di usia ini memang mempunyai risiko untuk hamil tapi apa yang dapat saya belajar selepas ini supaya tidak terlalu aktif. Jika hamil lagi, saya tak boleh lakukan banyak aktiviti sehingga tidak sedar diri sedang mengandung.

Tidak perlu ambil pusing dengan segala kritikan netizen, apa yang berlaku adalah ketentuan Tuhan dan pasti ada hikmah disebaliknya. InshaAllah, satu hari nanti ada rezeki untuk Fasha dan suaminya, Aidil Aziz menimang cahaya mata.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...