Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Keguguran Buat Kali Kedua : Jue Aziz Tetap Tidak Putus Asa Untuk Mengandung Segera

Setiap pasangan yang berkahwin pasti ingin menimang cahaya mata, buat Jue Aziz meskipun beliau sudah dua kali keguguran, beliau masih tidak berputus asa untuk mengandung lagi dan percaya ada rezeki untuk beliau dan suami, Bayu Daniels untuk mendapatkan anak.

Advertisement

Untuk pengetahuan anda,  ada episod dimana Jue sendiri tidak sedar bayi yang dikandung sudah keguguran dan hanya mengentahui perkara berkenaan selepas diperiksa oleh tukang urut.

Sebenarnya saya juga tidak tahu. Pada awalnya, tukang urut yang bertanyakan sama ada saya pernah keluar ketulan darah. Bila dia beritahu, saya sebenarnya memang pernah keguguran, barulah saya tahu pernah mengandung.

Pada waktu itu memang sangat sedih. Antara faktor keguguran itu juga ialah pada waktu itu juga saya tidak jaga kesihatan, terlalu aktif.

Jelas Jue, jika beliau tidak hamil lagi kali ini, mungkin beliau akan mencuba cara lain serta mendapatkan nasihat daripada doktor.

Advertisement

Selepas tahu pernah keguguran itu memang saya tidak mahu berfikir sangat. Bulan lepas ada tanda-tanda seperti hamil, tetapi kecewa lagi. Jadi bulan ini kami harapkan ada rezeki dan saya berpeluang mengandung. Jika tidak ada juga, maka sudah sampai waktunya mencari alternatif lain pula seperti berjumpa dengan doktor.

InshaAllah rezeki itu ada cuma ia cepat atau lambat sahaja. Teruskan berdoa dan berusaha pasti  ia akan dipermudahkan.  Setiap perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik. Siapa tahu selepas diuji dua kali dengan kegagalan akhirnya ada khabar gembira juga?

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama