Keguguran Berulang Kali, Isteri Terkena Buatan Orang – Jamal Abdillah

Hiburan

Keguguran Berulang Kali, Isteri Terkena Buatan Orang – Jamal Abdillah

Mengalami keguguran beberapa kali, penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah mendedahkan isterinya, Zai Izatti sukar untuk hamil kerana terkena buatan orang.

Advertisement

Jamal berkata, mungkin sihir itu ditujukan kepadanya tetapi isterinya pula yang menerima tempiasnya sehingga badan Izzati semakin kurus selain mengalami pendarahan tanpa henti sejak beberapa bulan lalu.

Kalau ditanya tentang keinginan memiliki zuriat, memang saya teringin sangat walaupun cuma seorang. Akan tetapi, isteri sudah banyak kali keguguran selain mengalami tanda merah-merah pada badan.  Mungkin orang yang menghantar ilmu hitam itu tujukan kepada saya tetapi terkena kepada isteri. Saya sangat kasihan kepadanya sebab sekarang badannya makin kurus. Orang mahu pedajal saya tetapi dia yang kena.

Menurut Jamal, beliau sudah berusaha pelbagai cara untuk mengubati isterinya termasuk berjumpa dengan doktor tetapi masih tiada sebarang perubahan. Rawatan tradisional juga tidak berhasil.

Walaupun dalam zaman moden ini, kita harus percaya masih ada lagi manusia yang tidak senang melihat orang lain bahagia dan menggunakan  sihir. Apa-apa pun, kami harap Jamal dan isteri tabah menghadapi dugaan ini. Jangan mudah putus asa.

Sumber Berita : Kosmo

Kredit Foto : NSTP/ROSELA ISMAIL

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

26 Comments

  1. Get real

    January 25, 2019 at 5:31 pm

    Yang kawin dengan tok ketua buat apa. Cari la jantan muda, berlambak yg sihat. Footballer england pun ramai lg bujang

  2. Hot stuff

    January 25, 2019 at 5:28 pm

    Stop blaming hantu or buatan org. Typical kampung mentality. Awak tu dah tua. Fertlity rate dah out. Weak old sperm. Face it la

  3. Anonymous

    January 25, 2019 at 5:25 pm

    Bila masa dia kahwin lg, tak dengar pun dh lama jgk tu, kalau lagu ni pi la berubat cara Islam n jgn hentikn gi hospital jmp pakar, bini masih muda lg jgn putus asa ikhtiar ada rezeki lh tu nnti. Kdg2 jgn tindakan gangguan jin n syaitan, maybe rumah panas.

  4. hiks

    January 25, 2019 at 2:46 pm

    bukan nak kata la.. dulu ade suami isteri ni, husben penagih tegar, wife dia buknan penagih tapi akhirnya rupa paras n kesihatan dah mcm penagih, kurus kering tak berseri. mungkin aura negatif dadah tu kot.

  5. Anonymous

    January 25, 2019 at 8:28 am

    seeloknya tak payah cerita hal dlm kain lagi bagus.

Loading...