Kegembiraan Bertukar Cemas, Individu Kesal Pihak Villa Tak Maklumkan Jubin Pecah Di Kolam Mandi – “Anak Sepupu Saya Dapat 11 Jahitan..”

Kehidupan

Kegembiraan Bertukar Cemas, Individu Kesal Pihak Villa Tak Maklumkan Jubin Pecah Di Kolam Mandi – “Anak Sepupu Saya Dapat 11 Jahitan..”

Kegembiraan sebuah keluarga bertukar menjadi detik cemas apabila seorang kanak-kanak mengalami kecederaan di kaki dan terpaksa menerima 11 jahitan, dipercayai akibat terpijak jubin pecah di permukaan kolam mandi di sebuah pusat penginapan di Cherok Paloh, Kuantan.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di X, seorang individu meluahkan rasa kesal apabila pihak pengurusan villa dilihat bersikap sambil lewa dalam menangani masalah yang melibatkan anak sepupunya itu.

Advertisement

twitter

Difahamkan, pihak pengurusan villa itu tidak memberi sebarang makluman atau amaran awal mengenai kerosakan jubit itu sebaliknya memberikan alasan terlupa.

Dia turut memaklumkan bahawa pihak villa bukan sahaja tidak mengambil serius isu jubin pecah tersebut, malah sempat menyindir ketika perbincangan berlangsung dan layanan buruk ini nyata mengecewakan.

twitter

Sebenarnya, dari awal lagi pihak villa sudah memberikan layanan yang kurang menyenangkan kepada keluarganya. Selain membiarkan tetamu memotong sendiri rumput di sekitar villa, mereka juga tidak bersikap ramah saat penyerahan kunci.

Keluarga besar kami nak buat Hari Keluarga dan Jamuan Raya. Pakcik saya datang dan mohon potong rumput 2-3 minggu lepas tapi jawapan dia ‘orang potong rumput tak free’. Adik beradik ambil gunting dan gunting kemuncup sebab takut kena baju raya.

twitter

Pengurus lambai je dari rumah suruh jumpa dia ambil kunci. Tiada pun budi bicara nak jalan sambut pelanggan dan beri kunci.

twitter

Di ruangan komen, dia memaklumkan bahawa pemilik villa tersebut sudah bertanggungjawan dengan menganggung kos perubatan anak sepupunya.

twitter

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

mati mengejut unsur jenayah
2 weeks ago

Ada Kesan Lebam dan Retak Tengkorak, Keluarga Pertikai Kes Diklasifikasi 'M*ti Mengejut'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...