Keganasan Tiada Kaitan Dengan PUBG – Syed Saddiq

Trending

Keganasan Tiada Kaitan Dengan PUBG – Syed Saddiq

Kejadian tembakan di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu telah menggemparkan seluruh dunia dan memberikan kesan yang begitu mendalam kepada semua umat Islam. Angka maut berikutan insiden itu sudah meningkat kepada 50 orang. Malah, beberapa rakyat Malaysia juga menjadi mangsa.

Advertisement

Lebih mengejutkan, penyerang tersebut sempat  Live di Facebook ketika melepaskan tembakan secara rambang kepada jemaah masjid tanpa rasa belas kasihan.

Susulan insiden berdarah itu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad menggesa kerajaan mengharamkan permainan kegilaan ramai, PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) yang didakwa mendidik generasi muda ke arah aktiviti keganasan.

Bagaimanapun,  Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kurang bersetuju dengan cadangan tersebut. Katanya, permainan PUBG tiada langsung kaitan dengan keganasan yang berlaku sebaliknya unsur keganas itu berlaku kerana sifat serta fahaman exterisme seseorang.

Percayalah ada atau tidak ‘games’ kalau orang (suspek) dah ada fahaman exterisme, mereka akan buat dan lakukan keganasan itu. Kita harus beri penghormatan kepada mangsa dan jangan cepat salahkan ‘games’ ini.

Adakah ia bermaksud kita kena haramkan semua ‘games’ kerana ia berkait rapat dengan unsur penembakan? Saya rasa  insiden di Christchurch lebih besar pada itu. Sebelum tiada PUBG, keganasan tetap berlaku justeru, kita jangan cepat salahkan satu sebab.

Terdahulu, ada juga netizen membangkitkan isu hangat dimana terdapatnya sejadah dalam PUBG. Ia seakan menghina agama Islam. Namun, perkara itu tidak benar sama sekali, bukan sejadah tetapi ia adalah sejenis karpet Rusia.


Berbicara semula mengenai isu pengharaman PUBG, rata-rata netizen mempunyai pandangan tersendiri. Ada yang sokong dan ada juga mengatakan bahawa permainan tersebut bukanlah punca utama berlakunya keganasan mahupun sebarang serangan. Apa pula komen anda?

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...