“Keganasan Rumah Tangga Itu Tidak Pernah Berlaku” – Beego Nafi Pukul Linda, Enggan Cerai Kali Ketiga

Hiburan

“Keganasan Rumah Tangga Itu Tidak Pernah Berlaku” – Beego Nafi Pukul Linda, Enggan Cerai Kali Ketiga

Pelakon Beego tampil menafikan dakwaan berlakunya keganasan rumah tangganya bersama isteri, Linda Hashim telah menjadi punca aktres itu memfailkan cerai.

Beego atau nama sebenarnya Mohaad Aszerul Nizam Abdullah,45, walau bagaimanapun mengakui ada insiden kecil telah berlaku namun menganggapnya sebagai asam garam dalam perkahwinan.

Advertisement

Saya pernah beri komen sebelum ini, ingin saya jelaskan keganasan rumah tangga tidak berlaku. Cuma kalau ada insiden kecil berlaku itu perkara biasa.

Beego juga tekad untuk menyelamatkan rumah tangga dan enggan bercerai buat kali ketiga.

Mahkamah tanya adakah saya mahu ceraikan isteri? Saya jawab tidak mahu. Saya akan cuba selamatkan rumah tangga ini daripada bercerai untuk kali ketiga.

Pelbagai usaha sudah saya lalukan untuk selamatkan rumah tangga, usaha itu dibuat sejak dia keluar daripada rumah kelamin kami. Cuma dia keras (degil) sikit.

Antara usahanya saya mesej dia melalui telefon, jumpa mak ayahnya, bagi dia bunga dan hantar bunga dalam kereta.

Difahamkan, Beego dan Linda masih bergelar suami isteri setelah mahkamah syariah mengarahkan untuk mereka berdua melantik Jawatankuasa Pendamai untuk sebutan pada 23 April nanti.

Kedua-duanya pernah bercerai sebanyak dua kali namun mendiamkan perkara itu kerana enggan dianggap mempermainkan institusi perkahwinan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

linda hashim nekad mahu bercerai
1 hour ago

“Memang Semua Orang Mahu Selamatkan Perkahwinan, Namun Saya..” - Linda Hashim Nekad Mahu Bercerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Ohbulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...