“Kegagalan Bukan Lagi Satu PILIHAN” 5 Personaliti Kongsi Rahsia Kejayaan Dengan Usaha UNBEATABLE!

Branded

“Kegagalan Bukan Lagi Satu PILIHAN” 5 Personaliti Kongsi Rahsia Kejayaan Dengan Usaha UNBEATABLE!

Usaha dan pencapaian yang ditunjukkan oleh personaliti negara dalam apa jua bidang yang diceburi harus diberi perhatian. Setiap daripada mereka mempunyai tujuan, matlamat dan sasaran yang ingin digapai.

Jerih-perih, jatuh bangun, semuanya dengan satu misi yang sama, demi menjulang nama negara ke persada antarabangsa.

Semangat ini sebenarnya yang menjadi salah satu inspirasi buat rakyat Malaysia untuk berusaha demi menggapai cita-cita mereka tanpa kenal erti jemu. Fuh, memang dahsyat!

Namun, tidak semua kejayaan itu ditonjolkan dengan ‘pingat’ atau pengiktirafan semata-mata. Ini kami kongsikan kisah 5 personaliti dengan pencapaian  yang UNBEATABLE!

Datuk Abdul Latif Romly

Fakta menarik: Berjaya memecahkan rekod dunia acara lompat jauh (T20) sebanyak 3 kali dalam satu hari.

Datuk Abdul Latif Romly, atlet lompat jauh (T20),  yang mewakili negara di Sukan Paralimpik. Siapa saja yang tidak mengenalinya, prestasi luar biasa yang ditunjukkan pada Sukan Paralimpik Rio de Janeiro 2016 membuka mata banyak pihak apabila beliau berjaya memecahkan rekod acara lompat jauh (T20) sebanyak 3 kali dalam satu hari. Hebatnya!

Walaupun mempunyai masalah pembelajaran, ini sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk memberikan yang terbaik dalam sukan yang diceburi.

Bersesuaian dengan cogan kata hidupnya “Terbang Latif Terbang”, cabaran yang selalu dinantikannya apabila ada saingan daripada atlet lain. Apabila terdapat persaingan yang kuat, ia menaikkan lagi semangatnya untuk berusaha dengan lebih baik. Bagusnya Latif!

Siti Rahmah Mohamed Nasir

Fakta menarik: Olahragawati Negeri Terengganu 2018 serta pemenang Pingat Emas Kejuaraan Pencak Silat Dunia selama 4 tahun

Srikandi silat Malaysia, Siti Rahmah Mohamed Nasir berjaya membuktikan bahawa wanita juga mampu menceburi seni persilatan dan menjadikan ia salah satu karier bagi dirinya dengan menunjukkan hasil yang cemerlang sepanjang menjadi pesilat negara kita. Bagi beliau, apabila seseorang itu ingin mengimpikan kejayaan, jangan hanya berusaha 100% sahaja, tetapi tunjukkan usaha seberapa banyak yang boleh berbanding orang lain. 

Tambah pesilat negara itu lagi, setiap usaha itu disusuri dengan pengorbanan. Meskipun sedang bertanding di Indonesia, namun jauh di sudut hati beliau rindu untuk bersama-sama dengan insan yang tersayang terutamanya keluarga yang jauh di mata. Min salute dengan Siti Rahmah!

Sepanjang bergelar pesilat, usaha Siti Rahmah telah membuahkan hasil apabila telah berjaya merangkul dua pingat emas dalam temasya Sukan SEA 2015 di  Singapura dan Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur bagi kelas Putri D dan E. Bagi rekod lain, beliau juga berjaya memenangi empat pingat emas bagi Kejuaraan Silat Pencak Dunia pada tahun 2012, 2014, 2016 dan 2018.

 

Theena Thayalan

Fakta menarik: Berjaya menumbangkan pihak lawan hanya dengan 25 saat!

Peninju negara, Theena Thayalan mengungkapkan erti kejayaan dengan cara yang berbeza apabila hanya dalam beberapa tahun sahaja masuk ke dalam sukan tinju, beliau telah berjaya menjadi penerima pingat emas paling muda bagi kategori 69 kg pada acara SUKMA 2018.

Sebagai satu-satunya peninju yang menjalankan latihan di negara Former Soviet Union, Theena akui bukan mudah untuk menjadi atlet tunggal negara yang menjalankan latihan bersama dengan peninju luar negara yang rata-ratanya mempunyai kekuatan dan fizikal yang lebih hebat. Namun, ketekunan dan semangat juang bermati-matian beliau yang membuat beliau berjaya sehingga kini.

Untuk rekod pencapaian, Theena telah berjaya menumpaskan peninju dari negara jiran, Indonesia dengan keseluruhan masa 25 saat dalam perlawanan Boxranx’s “Boxingfest 2017.

Red Hong Yi

Fakta menarik: Pelukis tempatan tanpa berus

Pernah tak anda dengar seorang pelukis menghasilkan karya tanpa menggunakan berus? Kreatif kan? Haa, pelukis tempatan terkenal, Red Hong Yi merupakan salah seorang yang menghasilkan karya seninya dengan cara yang lebih kreatif! Contohnya macam dalam gambar di atas, guna chopstick je tau!

Bagi Hong Yi, cabaran yang beliau selalu nantikan apabila menghasilkan seni lukis dengan menggunakan alatan yang sentiasa digunakan olehnya setiap hari seperti mancis, kulit telur, lumpur, uncang teh untuk menghasilkan sesuatu karya yang unik. Tambahnya, jika anda seorang yang kreatif dan inovatif, maka segala kemungkinan akan berjaya diatasi. Tiada yang mustahil!

Bekas penuntut Universiti Melbourne ini berjaya berjaya mencipta kejayaan apabila karya seninya dipamerkan di Hong Kong’s H Queen, San Francisco’s Asian Art Museum, New York Times dan banyak lagi. Beliau juga telah berjaya menganjurkan pameran solonya, “Memebank” pada Februari 2022. 

Lagi best, anda sendiri boleh saksikan keindahan hasil seni Red Hong Yi dalam pameran “My Alleyway Memories (Once Upon A Longtang)” yang sedang berlangsung  di Balai Seni Negara sehingga 22 Mac 2023.

Azua Shafii

Fakta menarik: Digelar sebagai ‘Duyung Malaysia ‘

Siapa dekat sini yang suka berenang? Paling lama anda boleh bertahan berapa minit? Kalau min, 60 saat pun tak sampai… Tapi, penyelam bebas negara, Azua shafii ni memang tak boleh lawan kehandalannya!

Azua telah mencipta rekod kebangsaan baru untuk Malaysia bagi 2016 AIDA Team World Championships di Kalamata, Greece. Beliau juga mencipta rekod terbaru National Records bagi Malaysia dalam kategori Static and Dynamic bagi Indonesia’s ID: Apnea Pool Competition 2016. Azua kini di kedudukan No.1 di Malaysia bagi kategori Dynamic Apnea with Bifins (DYNB) dengan rekod 171m. Fuh, memang hebat!

Bagi Azua, karier deep diving ini memerlukan kekuatan mental yang baik dan beliau sendiri berusaha untuk menguji kemampuan dirinya untuk terus berjaya. Tambah lagi, Azua sentiasa berasa sekiranya sesuatu perkara itu tidak mencabar anda, maka ia tidak akan mengubah diri anda.

Amacam, menarik kan? Bila melihat kegigihan, usaha dan semangat mereka untuk berjaya mencapai impian mereka, buatkan kita juga terinspirasi dengan apa yang mereka lakukan. Kalau mereka boleh, takkan anda tak boleh kan? Semangat UNBEATABLE mereka, sama macam plan U Mobile terbaru ni! 

Klik SINI untuk tonton video penuh.

Be Unbeatable Dengan U Mobile!

Anda nak tau tak, kini ketiga-tiga pelan Unbeatable U Postpaid hadir dengan Ultra Hotspot 5G yang membolehkan para pengguna untuk berkongsi pelan data U Postpaid dengan orang sekeliling tak kira la famili atau kawan-kawan sehingga 1000 GB Data 5G tanpa sekatan kelajuan. Wow!

Bila dah ada internet laju ni, lagi puaslah nak buat penstriman, cari maklumat serta bermain permainan video di telefon pintar, laptop, smart TV dan tablet. 

Tunggu apa lagi? 

Cepat dapatkan pelan U Postpaid Ini kerana anda boleh menikmati promosi Ultra Hotspot 5G masa terhad! Setiap pengguna yang mendaftar sekarang, boleh menikmati data pantas Ultra Hotspot 5G untuk seumur hidup! Amacam, syok tak?

Nak langgan postpaid internet dengan kuota besar, tapi mesti fikir dua tiga kali bila tengok harga kan? Jangan risau, sebab pelan Postpaid U Mobile terbaru ni sangat sesuai dengan korang yang tercari-cari pelan internet dengan data pantas yang besar sehingga 1,000 GB! 

Lagi best, anda boleh pilih sendiri pelan U Postpaid yang bersesuaian dengan jenis penggunaan data internet masing-masing! Paling penting, harganya bawah RM100 je tau! Pakej lengkap U Postpaid terbaru ni telah mempunyai tiga pelan yang berbeza iaitu U Postpaid 38, U Postpaid 68 dan U Postpaid 98.

Bukan itu saja, pelan dari U Mobile ini siap beri anda data roaming sebanyak 15GB secara percuma bila berada di luar negara. Kalau sebelum ni juga, nak terima panggilan daripada luar negara kena charged, sekarang dengan U Postpaid anda boleh jawab call daripada 63 buah negara secara PERCUMA tau. 

Bila dah ada data pantas, mesti rasa nak tukar peranti yang lagi canggih kan? Haa, langganlah U Postpaid, anda akan lebih tenang dan senang nak dapatkan peranti 5G terbaru. Hanya pilih pakej ansuran 0% faedah yang lebih fleksibel iaitu U PayLater atau pakej ekstra jimat U SaveMore, senang!

Anda rasa macam kuota data 1,000GB terlalu banyak? Jangan risau! 

Sebab anda boleh tambah 6 talian keluarga U FamilyShare dan kongsi 1,000GB tu. Harga pun cuma RM38/talian, murah kan?

Lebih menarik, U Postpaid 38 kini ada 2X data kuota. Sebelum ini, anda hanya boleh enjoy kuota 30 GB 5G High-Speed Data dan Panggilan Tanpa Had pada harga RM38/ sebulan. Sekarang, anda boleh menikmati data internet sebanyak 60 GB 5G dengan kelajuan tanpa had & Panggilan Tanpa Had hanya pada RM38/ Sebulan. Memang berbaloi!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi U Mobile atau ikuti media sosial mereka di Facebook, Twitter dan Instagram.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...