Kedutaan Indonesia di Malaysia baru-baru ini menyeru agar warganya yang tinggal tanpa izin atau tidak memiliki permit sah agar segera menyertai program pulang ke tanah air.
Menurut laporan ANTARA, Duta Besar Indonesia untuk Malaysia, Hermono, menggesa rakyatnya agar mengambil peluang sebaik mungkin menerusi pelaksanaan Program Repatriasi Migran 2.0 yang bermula hari ini.

gambar hiasan
Saya harap, teman-teman yang selama ini ‘kosong’ (ilegal), (menjadi) PATI (pendatang asing tanpa izin) di Malaysia, betul-betul dapat memanfaatkan program ini secepat mungkin.
Kedutaan Indonesia turut menasihati rakyatnya, khususnya yang bekerja di luar negara, agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh negara tuan rumah.
Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk meneruskan pelaksanaan Program Repatriasi Migran 2.0 yang akan berlangsung dari 19 Mei 2025 hingga 30 Mei 2026, melibatkan kawasan Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja.

gambar hiasan
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, program ini tidak terpakai bagi pendatang asing tanpa izin (PATI) yang telah mendaftar dalam program seumpama tahun lalu tetapi gagal meninggalkan Malaysia.
Mereka yang menyertai program ini akan dikenakan denda RM500 bagi kesalahan memasuki atau tinggal di Malaysia tanpa dokumen sah, atau kerana melebihi tempoh yang dibenarkan dalam visa atau pas imigresen.
Bagi kesalahan melanggar syarat dokumen imigresen pula, denda sebanyak RM300 akan dikenakan.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.