Kedutaan Besar China Beri Amaran Mengenai Virus Baru Yang Lebih Bahaya Dari COVID-19

Trending

Kedutaan Besar China Beri Amaran Mengenai Virus Baru Yang Lebih Bahaya Dari COVID-19

Penularan wabak COVID-19 masih lagi belum reda tetapi dunia kini dikejutkan dengan virus terbaru yang dikatakan lebih bahaya daripada pandemik ini. Kedutaan Besar China di Kazakhstan memberi amaran kepada warganegara China yang tinggal di negara ini, mengenai radang paru-paru tempatan yang tidak diketahui.

Apa yang menakutkan, virus baru ini mempunyai kadar kematian jauh lebih tinggi daripada COVID-19. Radang paru-paru yang tidak diketahui di Kazakhstan menyebabkan 1,772 kematian dalam enam bulan pertama tahun ini termasuk 628 orang pada bulan Jun sahaja.

Advertisement

Jumlah kematian ini termasuk warga China yang menetap di negara tersebut. Pihak kedutaan turut memberitahu kadar kematian penyakit ini adalah jauh lebih tinggi daripada COVID-19 dalam negara tersebut. Organisasi termasuk jabatan kesihatan Kazakhstan sedang mengkaji virus pneumonia ini untuk mendapatkan perincian lanjut.

Namun tiada petunjuk sama ada penyakit ini berkaitan dengan COVID-19 atau tidak.

covid 19

Beberapa pakar China mengatakan bahawa langkah-langkah segera harus diambil untuk mencegah radang paru-paru merebak ke China. Untuk makluman, Kazakhstan bersempadan dengan Wilayah Autonomi Xinjiang Uygur China Barat Laut.

Kedutaan turut mengingatkan warga China di Kazakhstan untuk meningkatkan kesedaran mereka mengenai langkah-langkah untuk mencegah penyebaran virus ini. Menurut media tempatan, hampir 500 orang telah dijangkiti radang paru-paru ini sejak pertengahan bulan Jun lalu di tiga wilayah Kazakhstan.

Jumlah pesakit yang menderita radang paru-paru adalah dua hingga tiga kali lebih banyak daripada mereka yang telah dijangkiti COVID-19.

covid-19

Menteri itu memaklumkan bahawa mereka merancang untuk menerbitkan jumlah kes yang disahkan seawal minggu depan dengan menyatakan bahawa walaupun tidak perlu menerbitkan nombor tersebut, orang ramai perlu mengetahui keadaan sebenarnya.

Menurut data rasmi, jumlah kes radang paru-paru adalah 2.2 kali lebih besar pada bulan Jun ini daripada tahun 2019 ketika terdapat 1.700 kes. Kazakhstan telah melaporkan 51,059 kes COVID-19 yang disahkan termasuk 264 kematian setakat ini.

Seorang pegawai dari Kementerian Luar Negeri Kazakhstan memberitahu situasi COVID-19 di Kazakhstan adalah terkawal. Walau bagaimanapun, kenyataan kementerian itu tidak menjawab pertanyaan mengenai amaran kedutaan China mengenai radang paru-paru yang tidak diketahui.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...