Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kedudukan Nabil & Neelofa Sebagai Pengacara MeleTOP Terancam?

Nabil dan Neelofa adalah gandingan yang amat bagus sekali sebagai pengacara program hiburan MeleTOP. Malah mereka berdua telah bergandingan sejak awal kewujudan program ini sekaligus membolehkan keserasian terbentuk. Neelofa jenis yang serius sedikit, sementara Nabil jenis pak lawak. Memang kombinasi yang sempurna. Malah ramai yang mahukan gandingan ini terus kekal mengacara MeleTOP selama mana yang boleh.

Advertisement

Namun sejak minggu lalu, sudah timbul desas-desus tempat kedua-dua pengacara ini bakal digantikan oleh orang lain. Tidak diketahui pula sama ada hanya seorang daripada mereka yang bakal disingkirkan. Namun berdasarkan tulisan di dada-dada akhbar, pengacara yang bakal mengambil alih MeleTOP ini tidak kurang hebatnya. Malah khabar angin bertiup kencang yang si pengacara baru ini menggunakan kabel kuatnya dengan stesen Astro untuk melobi. Hmmmmmm.. Boleh tahan panas juga gosip ini kan?

Namun seperti biasa desas-desus ini tidaklah boleh dipercayai 100%. Semalam Abang Nara tengok Nabil dan Neelofa masih lagi mengacarakan MeleTOP. Mungkin ini sekadar khabar angin semata-mata. Takkanlah Astro nak buang 2 pengacara kesayangan ramai ini? Silap-silap boleh jatuh rating nanti. Apa pun, kalau ada rezeki tak ke mana. Semoga Nabil dan Neelofa terus mengacara MeleTOP kerana gandingan anda berdua memang meletup. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top