“Kedua-Dua Pihak Kembali Rujuk Sebagai Suami Isteri”- Mahkamah Terima Permohonan Rujuk Farid Kamil & Diana Danielle

Hiburan

“Kedua-Dua Pihak Kembali Rujuk Sebagai Suami Isteri”- Mahkamah Terima Permohonan Rujuk Farid Kamil & Diana Danielle

Peguam yang mewakili pelakon, Diana Danielle iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan bahawa mahkamah telah mengesahkan pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle kembali rujuk sebagai suami dan isteri.

Menurut Akberdin, pihak defendan juga tidak membuat sebarang bantahan sewaktu prosiding yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Advertisement

peguam diana danielle

Mahkamah telah mendengar permohonan rujuk dan hakim telah berpuas hati, malah pihak defendan (Farid) tidak membantah. Mahkamah telah memberi perintah bahawa kedua-dua pihak sudah kembali rujuk sebagai suami isteri.

Peguam itu turut berkata sijil permohonan rujuk dan beberapa dokumen lain akan dibawa pada prosiding penceraian yang akan berlangsung pada 2 Disember depan.

Selepas ini mahkamah mengarahkan untuk mendapatkan sijil rujuk dan bawa ke mahkamah untuk tujuan permohonan kedua yang dibuat Diana (permohonan cerai). Sijil itu adalah bukti mereka sudah kembali sebagai suami isteri.

Mahkamah telah menetapkan 2 Disember untuk prosiding permohonan cerai. Jadi selepas ini tiada apa-apa isu berkaitan rujuk. Status mereka sekarang adalah suami isteri selepas diendos oleh mahkamah.

Peguam yang mewakili Farid, Fakhrul Azman Abu Hassan turut mengesahkan perkara yang sama.

Terdahulu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad mahu berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, dan Nur Aurora.

Farid Kamil Diana Danielle cerai
1 month ago

Kes Perbicaraan Cerai Diana Danielle Dan Farid Kamil Ditangguh 2 Disember Depan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...