Kedai Tudung Duck Milik Vivy Yusof Ditutup, Peminat Luah Rasa Hampa – “Produk Dah Berkualiti Tapi Tu La..”

Kehidupan

Kedai Tudung Duck Milik Vivy Yusof Ditutup, Peminat Luah Rasa Hampa – “Produk Dah Berkualiti Tapi Tu La..”

Susulan isu pecah amanah melibatkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam platform e-dagang, usahawan terkenal Vivy Yusof difahamkan mengambil keputusan untuk menutup operasi kedai fizikal miliknya, dUCk Scarves.

Perkara itu dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang juga peminat setia dUCk Scarves, menerusi video lawatan terakhirnya ke butik yang terletak di Pavilion, Kuala Lumpur sebelum ia ditutup sepenuhnya pada bulan Mei ini.

Advertisement

Melawat hari-hari terakhir The dUCk Scarves. Lepas ini tak tahu nak hunting tudung apa pula.

Difahamkan, beberapa butik fizikal lain milik Vivy yang berusia 37 tahun itu juga telah ditutup sepenuhnya di lokasi lain.

Meninjau ke ruangan komen, ramai pengguna dan peminat jenama tudung tersebut meluahkan rasa kecewa atas penutupan butik berkenaan. Meskipun harga dianggap tinggi, mereka mengakui kualiti produk yang ditawarkan amat memuaskan dan telah mencipta kelompok peminat tersendiri.

Terdahulu, Vivy dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, dikaitkan dengan pertuduhan pecah amanah melibatkan dana daripada Khazanah dan PNB yang berkaitan dengan pengurusan platform e-dagang.

Selepas tercetusnya kontroversi tersebut, Vivy dilihat lebih memilih untuk menjalani kehidupan secara peribadi dan tidak lagi berkongsi hal peribadi secara terbuka di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

cik epal anas zahrin bercinta
14 hours ago

"Yes..I Do Love Her.." - Usahawan Anas Zahrin Bidas Dakwaan Bercinta Dengan Cik Epal Hanya Sekadar Gimik Jual Produk

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...