Kedai Serbaneka Jual Alas Kaki Bertulis Ayat Al-Quran, Dikilangkan Di Melaka

Trending

Kedai Serbaneka Jual Alas Kaki Bertulis Ayat Al-Quran, Dikilangkan Di Melaka

12654236_573344222833387_1477130710173991355_n

Perbuatan dua pemilik kedai serbaneka di negeri ini yang bertindak menjual ratusan alas kaki yang mengandungi ayat suci al-Quran menyebabkan pengunjung terutamanya orang Islam terkejut dan menganggap perkara itu sebagai penghinaan.

Advertisement

Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Abd Mutalip Abd Rahim berkata, tindakan telah diiambil oleh agensi-agensi berkaitan terhadap premis tersebut pagi semalam.

Mutalip berkata dia yakin tindakan menjual alas kaki yang mengandungi ayat suci al-Quran itu adalah satu perbuatan yang bermaksud menghina dan menyentuh sensitiviti umat Islam.

Tambah beliau, pihaknya telah merampas barangan-barangan itu setelah menerima aduan dari pelanggan premis perniagaan di Taman Johor Jaya dan Taman Teratai itu.

Sebanyak 360 alas kaki yang menggunakan pelapik mengandungi ayat suci al-Quran dirampas dan mengikut maklumat, ia dihasilkan di sebuah kilang di Melaka sebelum dijual di Johor.

Mungkin ramai peniaga di luar tidak memahami soal sensitiviti umat Islam kerana ia bukan sekadar membabitkan makanan halal, malah perkara yang membabitkan penggunaan ayat suci al-Quran,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Presiden Persatuan Pemuda Puteri Malaya Bersatu (PERIMAU), Mohd Ridhwan Othman pula berkata, pihaknya menerima aduan orang ramai mengenai perkara itu.

Tambah beliau setiap peniaga perlu berhati-hati berkaitan produk yang dijual supaya kegiatan tidak mereka tidak menjejaskan sensitiviti orang ramai.

Kata beliau juga, perbuatan pemilik kedai tersebut harus dipandang serius dan dikenakan tindakan sesuai supaya dijadikan pengajaran buat peniaga lain agar tidak sewenang-wenangnya melakukan perkara itu.

Ia bukan saja menjejaskan sensitiviti umat Islam, sebagai masyarakat majmuk kita perlu menghormati agama masing-masing,” katanya.

12645113_573344212833388_3980395883491011543_n

Admin berharap peniaga2 lain ambil serius berkenaan hal ini kerana bukan sahaja dianggap sebagai penghinaan malah jika tidak dibendung dikhuatiri akan menjadi lebih serius.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...