Adakah anda semua masih ingat kedai roti premium The Loaf yang ditutup pada PRU14? The Loaf milik Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad telah dibuka semula oleh pemilik terbaru iaitu Ekovest Bhd.
Difahamkan Ekovest Bhd berjaya mendapat kesemua kepentingan The Loaf dan merupakan salah satu strategi syarikat ini dalam menembusi sektor makanan dan minuman.
Penjualan kepentingan The Loaf ini dikaitkan sebagai salah satu rancangan Perdana Menteri Malaysia dalam mendapatkan dana bagi kempen PRU14.
Setakat ini The Loaf dibawah kendalian syarikat terbaru telah dibuka di empat tempat melibatkan cawangan Langkawi, Pavilion, Sunway Pyramid dan Nu Sentral.
Jadi apa lagi, singgahlah ke The Loaf untuk mencari roti kegemaran anda semua.
Sumber: VOCKET