Kedai Makan Tutup, Kucing Dan Anjing Jalanan Kelaparan Ketika PKP Buat Ramai Sedih

Trending

Kedai Makan Tutup, Kucing Dan Anjing Jalanan Kelaparan Ketika PKP Buat Ramai Sedih

Demi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai usaha untuk membendung penularan COVID-19, ramai rakyat terpaksa mengubah gaya hidup harian yang sudah dijalani selama ini.

Atas arahan untuk duduk di rumah sahaja, rakyat Malaysia kini bekerja dengan selesa daripada rumah dan ada yang terus mendapat cuti sehingga perintah ini tamat pada 14 April nanti. Malahan, kebanyakan premis perniagaan yang sering dipenuhi pengunjung juga sudah tinggal kosong kerana mereka tutup pintu selama perintah ini berlangsung.

Advertisement

Kedai makan dan restoran kini juga hanya menawarkan perkhidmatan bungkus sahaja kerana tidak mahu orang ramai berkumpul secara beramai-ramai di suatu tempat. Meskipun orang ramai boleh mengusahakan makanan sendiri di rumah, ramai tertanya-tanya dengan nasib kucing dan anjing jalanan yang hilang sumber makanan akibat penutupan banyak kedai makan.

Daripada pemerhatian yang dibuat, kebanyakan haiwan ini masih lagi melawat kedai makan kegemaran mereka seperti biasa tetapi tiada lagi pelanggan yang boleh memberikan mereka makanan. Rata-rata kucing dan anjing ini kelihatan lesu dan tidak bermaya kerana sudah beberapa hari tidak mendapat bekalan makanan yang cukup untuk meneruskan hari-hari mereka.

Netizen yang melihatkan situasi ini meluahkan rasa sedih dengan nasib haiwan tidak berdosa tersebut. Ada juga yang meminta pihak bertanggungjawab atau pun NGO membantu nasib haiwan tersebut sementara tempoh PKP ini masih berkuat kuasa. Pun begitu, ada juga yang berkongsi bahawa mereka tetap cuba memberi makanan kepada kucing dan anjing jalanan ini apabila mampu.

haiwan jalanan ketika pkp

Semoga haiwan jalanan ini terus melawan untuk hidup sepanjang PKP ini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...