Kedai Kopi Unik Di Seremban Ini Mencuri Perhatian Netizen Dengan Menjadikan Kereta Sebagai Kedai

Kehidupan

Kedai Kopi Unik Di Seremban Ini Mencuri Perhatian Netizen Dengan Menjadikan Kereta Sebagai Kedai

Rakyat Malaysia pastinya antara penggemar kopi tegar tidak kira di bandar ataupun di kawasan kampung sekalipun. Dengan lambakan kedai kopi berjenama antarabangsa seperti Starbucks dan The Coffee Bean & Tea Leaf sememangnya akses untuk mendapatkan kopi menjadi mudah.

Tapi kini ada satu kedai kopi tempatan yang berjaya menarik perhatian ramai. Mohd Ariff Saharudin, pesara tentera mendapat idea untuk membuka kedai kopi menggunakan keretanya sahaja selepas bersara.

Advertisement

kedai kopi kereta
kedai kopi versi kereta
Beliau yang sememangnya peminat tegar kopi membelanjakan hampir RM50,000 termasuk kos membaiki kenderaannya. Mendapat idea untuk membuka kedai kopi ini selepas melihat kedai kopi versi kereta semasa berada di New Zealand.

“Sejujurnya saya mulakan perniagaan ini kerana saya memang minat kopi dan saya mahu kongsikan resepi kopi saya bersama mereka penggemar kopi, bukan hanya untuk untung sahaja.”

Kedai kopinya kini mendapat tarikan daripada masyarakat tempatan kerana konsepnya yang unik. Bukan sahaja kerana keunikan kedainya tetapi juga rasa kopi nya juga digemari oleh semua peminat kopi. Rasanya sudah tentu lah sedap kerana beliau sendiri merupakan penggemar kopi.

kopi di dalam cawan
kedai kopi versi kereta
kedai kopi versi kereta
Secawan kopi dijual pada bermula pada harga RM5 dan ke atas. Untuk mereka yang ingin mencuba keenakan kopi ini boleh berkunjung ke kedainya terletak berdekatan Sekolah Antarabangsa Matrix di Sendayan pada hari Isnin, Selasa dan Jumaat. Pada hari Khamis dan Sabtu dari jam 7 pagi hingga 11 malam di Ampangan.

Sumber: NST

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...