Kedai Jual Alas Kaki Bertulisan Ayat Quran Diserbu, 360 Keping Lagi Dikenal Pasti Di Johor Jaya

Trending

Kedai Jual Alas Kaki Bertulisan Ayat Quran Diserbu, 360 Keping Lagi Dikenal Pasti Di Johor Jaya

alas

Berikutan pendedahan yang dilakukan sebelum ini mengenai kegiatan dua buah kedai serbaneka yanf tidak menghormati sensetiviti agama apabila menjual ratusan alas kaki mengandungi ayat al-Quran, Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor telah melakukan pemantauan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd Mutalip Abd Rahim berkata, tindakan telah diambil terhadap dua premis perniagaan yang beroperasi di Taman Teratai dan Johor Jaya, di sini, berdasarkan aduan ramai.

Advertisement

9 years ago

Kedai Serbaneka Jual Alas Kaki Bertulis Ayat Al-Quran, Dikilangkan Di Melaka

Beliau juga memberitahu kegiatan menjual alas kaki mengandungi ayat Al Quran semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

“Ia perbuatan menghina dan menjejaskan sensitiviti umat Islam kerana alas kaki untuk dipijak.

“Pihak kami terima aduan melalui WhatsApp pada Selasa lalu dan JAJ terus membuat tinjauan pada sebelah malam untuk mengenal pasti barang tersebut. Satu operasi dilakukan bersama KPDNKK keesokannya,” katanya dipetik laporan Sinar harian.

Abd Mutalip berkata, sebanyak 38 alas kaki yang dikenal pasti mengandungi ayat al-Quran dirampas di bawah Seksyen 14 Akta Percetakan Teks al-Quran 1986.

“Berdasarkan maklumat pemilik kedai terbabit, mereka beritahu menerimanya daripada pemborong di Johor Jaya.

“Operasi diteruskan dan kami mendapati terdapat 360 keping alas kaki dikenal pasti mengandungi ayat al-Quran berada di premis perniagaan di Johor Jaya,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat, alas kaki tersebut dihasilkan di sebuah kilang di Melaka sebelum dijual di Johor.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...