Kedai Buku Dan Komputer Dibenarkan Beroperasi Mulai Esok

COVID-19

Kedai Buku Dan Komputer Dibenarkan Beroperasi Mulai Esok

Pihak Kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan kedai buku dan alat tulis serta kedai komputer dan telekomunikasi beroperasi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai esok.

Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kebenaran operasi itu diputuskan melalui sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini selepas mengambil kira maklum balas daripada pelajar, tenaga pelajar dan juga ibu bapa.

Advertisement

“Pandemik COVID-19 mengubah cara pembelajaran harian dan semua institusi pendidikan kini mempraktikkan sistem pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian.

“Justeru, kita membenarkan kedai komputer dan telekomunikasi serta kedai buku dan alat tulis untuk beroperasi sepanjang tempoh PPN.

“Ia antara lain untuk memastikan guru dan pelajar dapat menjalankan PdPR tanpa gangguan,” katanya melalui kenyataan, di sini hari ini.

Pada sidang media yang sama, Ismail Sabri juga membenarkan pergerakan pelajar daripada kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke kawasan lain termasuk PKPD dengan kebenaran polis bagi tujuan peperiksaan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...