Kedai Buku 24 Jam Pertama Untuk Pencinta Buku

Trending

Kedai Buku 24 Jam Pertama Untuk Pencinta Buku

Para ulat buku kini ada sebab tersendiri untuk meluangkan masa yang lebih untuk membaca dan membeli buku-buku kegemaran mereka pada bila-bila masa walaupun pada waktu tengah malam.

Ada satu kedai buku terbaru yang berkonsepkan gaya hidup dan beroperasi 24 jam. Jika dilihat, ia seperti melangkah ke dalam sebuah perpustakaan.

Advertisement

Terletak di Tamarind Square, cawangan BookXcess di Cyberjaya meliputi kawasan seluas 37,000 kaki persegi yang menawarkan lebih setengah juta buku meliputi pelbagai topik.

Bukan itu sahaja, 20,000 buku dan tajuk baru akan dikemas kini setiap dua minggu di kedai ini.

Pihak BookXcess juga menjanjikan setiap kedai mereka akan mengamalkan konsep yang unik dan menarik serta sesuai dengan gaya hidup terkini.

Tidak lama lagi mereka akan menyediakan sebuah kafe yang menyajikan minuman dan makanan pada harga yang berpatutan.

Kedai ini dibina di atas sebuah tapak bekas tempat letak kereta bukan sahaja menjual buku tetapi juga menyediakan ruang kerja terbuka yang besar yang lengkap dengan sambungan WiFi dan plug point bagi mereka yang ingin bekerja atau belajar di sana.

Sesiapa sahaja boleh datang dan melakukan kerja mereka secara percuma di sana.

Kedai di Cyberjaya ini adalah cawangan ketujuh jenama kedai buku ini dan yang pertama di bandaraya.

Komuniti di Cyberjaya mempunyai tempat yang terhad untuk pergi selepas waktu kerja atau sekolah, maka BookXcess berharap dapat menjadi jambatan untuk mendekatkan jurang itu serta menyediakan pilihan untuk keluarga, pelajar atau sesiapa sahaja untuk pergi menghabiskan masa mereka.

Cawangan di Cyberjaya telah dilancarkan oleh isteri Perdana Menteri. Dalam majlis pelancaran itu Dr Siti Hasmah menandatangani plak yang memaparkan kata-kata dalam bahasa Inggeris bermaksud ‘Seorang wira buku dan berpegang teguh kepada kebaikan dalam membaca.’

Menarik tu, sambil lepak bolehlah tambah ilmu anda sebab membaca kan jambatan ilmu.

Sumber:FMT dan The Star

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...