Mungkin kerana terdesak, khabarnya gerai ayam goreng milik penyanyi dan pelakon Nabila Razali telah diceroboh oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Berikutan tragedi itu, Nabila mengalami kerugian bernilai RM2,000 termasuk RM200 yang berjaya dicuri individu tersebut.
View this post on Instagram
Gerai Ayo Fried Chicken yang terletak di Kampung Baru itu dilaporkan telah dipecah masuk dan Nabila turut memuat naik video keadaan kedainya selepas tragedi itu berlaku.
Terkilan dengan perkara itu, Nabila mengakui terkejut dan menganggap individu tersebut menggunakan cara yang salah untuk mendapatkan wang dengan kadar segera.
Saya faham keadaan sekarang ini semua orang mungkin terdesak mahu cari duit. Tapi saya kesian apabila mereka gunakan pendekatan untuk memecah masuk berbanding minta kerja secara halal. Mungkin kalau mereka minta kerja, saya boleh pertimbangkan untuk serap masuk sebagai pekerja.
Berikutan itu, Nabila berkata bahawa kejadian itu sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan pekerjanya yang mahu mencari rezeki yang halal.
View this post on Instagram
“Saya berniaga bukan untuk diri sendiri, tapi niat saya untuk berkongsi dengan pekerja. Jadi saya harap benda ini tidak berlaku lagi.” ujar Nabila mengakhiri bicara.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.