Kecuali Nak Memotong, Kenderaan Berat Tidak Boleh Lagi Guna Lorong Kanan Di Lebuh Raya

Berita

Kecuali Nak Memotong, Kenderaan Berat Tidak Boleh Lagi Guna Lorong Kanan Di Lebuh Raya

Melalui laporan NST, kenderaan berat tidak boleh lagi menggunakan lorong di bahagian kanan di atas lebuh raya dan perlu kekal di bahagian kiri, kecuali jika hendak memotong kenderaan lain bermula tahun ini.

Lori & bas tak boleh lalu kanan di highway

Difahamkan, ini merupakan antara lima perubahan yang akan dilaksanakan secara tegas oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk kenderaan komersial, terutama bas dan lori.

Advertisement

kenderaan lori tak boleh lalu laluan kanan

Selain itu, wajib juga untuk memasang kawalan kelajuan serta alat penjejak GPS, pemasangan alat pengesan berat bergerak berkelajuan tinggi (HS-WIM) di 11 lokasi lebuh raya dan juga penambahan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Sudah diwartakan sejak 2015 tapi belum dikuatkuasakan

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Jana Santhiran Muniayan, peraturan melarang bas dan lori lalu di laluan kanan telah diwartakan sejak tahun 2015 tetapi belum dikuatkuasakan.

kenderaan lori tak boleh lalu laluan kanan

Jika mereka perlu memotong, mereka boleh bergerak ke lorong kedua dan kemudian kembali ke lorong kiri. Bagaimanapun, mereka dilarang sama sekali menggunakan lorong ketiga pada bila-bila masa.

Dalam pada itu, Jana Santhiran berkata setiap lori baharu, alat kawalan kelajuan sudah dipasang tetapi untuk kenderaan lama, mereka mempunyai pilihan untuk memasang sendiri yang dibenarkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad).

2 months ago

Suami 'Ketagih' Berhibur Dengan GRO Vietnam Setiap Bulan, Isteri Laporkan Pusat Hiburan Pada Jabatan Imigresen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : NST

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...