Kecoh! Tular Kisah ‘Abang Santan’ Curang Ketika Bini Dalam Pantang – “Kali Ini ‘Taste’ Janda ‘Vintage’ Pula”

Kehidupan

Kecoh! Tular Kisah ‘Abang Santan’ Curang Ketika Bini Dalam Pantang – “Kali Ini ‘Taste’ Janda ‘Vintage’ Pula”

Belum habis kehangatan kisah mengenai guru wanita di Melaka yang ‘kantoi’ menjalinkan hubungan bersama seorang lelaki bergelar suami orang, tular pula mengenai kisah kecurangan peniaga santan yang viral di Kulai.

Satu Kulai kecoh apabila seorang wanita tampil mendedahkan perbuatan suaminya yang didakwa melafazkan cerai ketika dia masih dalam tempoh berpantang.

Advertisement

abang santan

Lebih memeranjatkan, pendedahan tersebut disertakan dengan beberapa tangkap layar serta dakwaan hubungan sulit suaminya dengan beberapa wanita yang dikenalinya melalui aplikasi cari jodoh.

Menurut wanita itu yang kini bekas isteri, dia terpaksa bersuara selepas tidak sanggup terus dipermainkan meskipun baru melahirkan anak.

Dalam perkongsiannya, dia memaklumkan bahawa suaminya, yang dikenali sebagai ‘Abang Santan’, telah menceraikannya ketika dia masih berada dalam fasa pemulihan selepas bersalin selama 42 hari.

abang santan curang

Lebih menyayat hati, wanita itu turut mendakwa suaminya memberi alasan klise seperti isteri tak melayan, malas memasak dan terlalu sibuk ketika hamil sebagai alasan untuk berlaku curang dan mendekati wanita lain.

Lebih menyedihkan, dia turut mendedahkan suaminya sanggup menyewa homestay dan merancang bersama wanita lain tanpa rasa bersalah, malah didakwa sudah hilang ‘nafsu’ terhadap dirinya.

Turut menjadi perhatian dalam pendedahan itu adalah mesej yang dipercayai menunjukkan perbualan antara suaminya dan ‘orang ketiga’ yang dikatakan menjadi punca utama keretakan rumah tangga mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 day ago

Tular Kisah Wanita Didakwa Meninggal Dunia Selepas Kongsi 'Housemate' Pocong, Rupanya Semua Rekaan? - "Jumpa Gambar Kubur Kat Google"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...