Kecoh Selebriti Indonesia Ini Mengaku Dah Nikah 24 Kali, Sampai Pejabat Agama ‘Blacklist’ Nama?

Hiburan

Kecoh Selebriti Indonesia Ini Mengaku Dah Nikah 24 Kali, Sampai Pejabat Agama ‘Blacklist’ Nama?

Baru-baru ini, seorang selebriti dari negara jiran kita Indonesia, Vicky Prasetyo menjadi perhatian dan bualan ramai selepas dikhabarkan telah berpisah dengan isteri yang baru dikahwininya setahun lalu, Kalina Ocktaranny.

Kalina dikatakan tidak dapat menahan perasaan cemburu apabila Vicky sering dikelilingi ramai wanita ketika sedang bekerja.

Advertisement

Menurut portal tempatan, selepas berita perpisahannya itu disiarkan ramai menyebut kembali tentang kenyataan Vicky suatu ketika dahulu.

Difahamkan, pada 2 tahun lepas Vicky telah mengakui pada pihak media bahawa dia pernah bernikah sebanyak 24 kali. Meskipun sudah lama berlalu, namun ramai yang mendesak agar dia memberikan klarifikasi berkenaan isu itu.

Apatah lagi, baru-baru ini muncul pula berita di mana Kantor Urusan Agama (KUA) dikatakan telah menyenarai hitam nama Vicky daripada mendaftarkan perkahwinan baru.

Bagaimanapun, ketika ditanya berkenaan hal itu Vicky menafikannya dan berkata kenyataan tentang berkahwin puluhan kali itu hanyalah sekadar gurauan semata-mata ketika dia muncul dalam satu rancangan bersama Raffie Ahmad.

Tidak berhenti di situ, Vicky berkata masih ramai tidak mempercayai berita pernikahan itu meskipun dia sudah memberikan klarifikasi. Malah, dia turut menerima beberapa panggilan daripada rakannya di KUA yang bertanya hal sama.

Kata Vicky, dia akui apa yang berlaku itu adalah akibat yang perlu diterima dan dilaluinya kerana membuat gurauan sensitif seperti itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.

Siti Saleha cerai
2 years ago

Pelakon Siti Saleha Sah Bercerai Talak Satu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TribunSeleb

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...