Seperti diketahui ramai masalah yang berlaku di antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof hingga ke hari ini belum ada penghujungnya dan masing-masing masih membalas statement melalui media sosial.
Masalah yang berlaku di antara mereka ini boleh dikatakan agak teruk hingga ahli keluarga turut ikut campur, lagi-lagi ibu Syamsul iaitu Datin Patimah yang sering kali dilihat membuat status sindiran untuk Syamsul dan isteri keduanya, Ira Kazar di Instagram kerana tidak merestui hubungan itu.
Baru-baru ini, tular satu berita mengenai Ira Kazar datang beraya ke rumah mentuanya bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama.
Dakwaan yang dibuat oleh individu tersebut telah meraih perhatian yang cukup hebat di platform TikTok, di mana lebih dari 15,000 tanda suka yang diterima daripada pengguna.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tidak mencemuh Ira tetapi mereka lebih kepada simpati terhadap isteri kedua pengarah tersebut kerana tidak diterima oleh keluarga mentua sendiri.
Biarpun perkongsiaan tersebut tular di platform tersebut, kesahihan mengenai berita itu belum dapat dipastikan kerana pihak Ira, Syamsul serta ibu, Datin Patimah masih tidak berkata apa-apa.