Tidak mahu namanya terus disalahkan, bekas penyampai radio Suria FM akhirnya tampil mendedahkan bukti jumlah pendengar slot ketika dirinya masih bertugas di sana. Hal ini bagi menjelaskan dakwaan bahawa rating rendah merupakan punca kontraknya ditamatkan.
Bukti rating tinggi
Menerusi Instagram, Tyzo berkongsi sebuah hantaran yang menunjukkan rating survey semua segmen rancangan di stesen radio tersebut di tahun 2023. Menurutnya, dakwaan jumlah pendengar slotnya rendah itu tidak betul.
Kecoh sangat pasal rating, biarlah gambar berbicara. Ini data rating jumlah pendengar.
Alhamdulillah, bagi 2022 hingga 2023, Suria Petang berada di tangga teratas segmen, sepanjang empat kali kajian berturut-turut
View this post on Instagram
Netizen kecewa
Bukan itu sahaja, susulan Tyzo tampil dengan bukti tersebut, para netizen juga menyatakan rasa kurang senang hati dengan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini yang mendakwa bahawa rating Tyzo ini rendah berbanding segmen-segmen yang lain.
Yang back up besar segmen malam tu rupanya paling sendu? Uish. Sesuatu sangat ni
Tyzo jelaskn bukan sebab tak move on tapi sebab nak bela diri dari fitnah. Sedap-sedap cakap rating paling rendah
Terdahulu di sidang media yang diadakan oleh Suria FM, mendakwa bahawa antara punca kontrak Tyzo ditamatkan awal dari sepatutnya adalah kerana jumlah pendengar yang menurun meskipun setelah Tyzo memenangi anugerah.