Kecoh Isu ‘Softp*rn’, Individu Dikecam ‘Post’ Pasal Filem P Ramlee – “Adegan Panas Dalam Filem Sebenarnya Dah Lama Wujud”

Trending

Kecoh Isu ‘Softp*rn’, Individu Dikecam ‘Post’ Pasal Filem P Ramlee – “Adegan Panas Dalam Filem Sebenarnya Dah Lama Wujud”

Gara-gara trailer filem Pulau yang dikritik kerana dikatakan mempunyai unsur ‘soft porn’, topik itu hangat dibualkan warganet di media sosial.

Rata-ratanya berpendapat pengkarya filem perlu menitik beratkan hal tersebut dan memikirkan tentang kesan buruk adegan panas dalam sesebuah filem.

Advertisement

Sudah semestinya ia tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak dan remaja selain turut memberikan kesan buruk dalam masalah sosial di kalangan masyarakat.

1 year ago

Menteri Komunikasi Setuju Filem 'Pulau' Tak Sesuai Ditayangkan - "GSC Tarik Semula Trailer"

Bagaimanapun, tindakan individu di sebalik satu page di Facebook ini dikecam ramai warganet selepas dia memuat naik hantaran tentang filem lama daripada Seniman Agung Tan Sri P Ramlee.

Menerusi hantaran itu, The Wayangster menunjukkan beberapa tangkap layar adegan panas daripada filem bertajuk Gelora yang ditayangkan pada tahun 1970.

Paparan adegan panas dalam filem sebenarnya dah lama wujud bukan hanya baru-baru ni sahaja. Justeru itu apakah kita nak mengatakan bahawa yang P. Ramlee adalah seorang yang tidak bermoral kerana menghasilkan filem sebegini?”

Hantaran tersebut bagaimanapun mengundang kritikan ramai warganet yang memberikan respon dan pendapat masing-masing di ruangan komen.

Rata-ratanya bersetuju bahawa filem tersebut ada unsur tidak elok namun kata mereka seharusnya ia dijadikan pengajaran dan dicontohi supaya tidak berulang.

Bukan itu sahaja, ramai yang turut kecam individu tersebut kerana memuat naik tentang orang yang sudah meninggal dunia serta pelakon wanita yang kini telah berhijrah (memakai tudung).

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...