May 15th, 2020

Kecoh betul dengan isu ‘Opah Aminah’ iaitu watak yang dibawa oleh Sheila Rusly dalam drama ‘Bukan Gadis Biasa’ sejak beberapa hari ini. Rata-rata penonton sepertinya banyak yang tidak puas hati dengan naskhah ini termasuklah proses suntingan, pemilihan pelakon dan banyak lagi.

sheila rusly opah aminah

Selepas menerima kecaman hebat daripada orang ramai, Jinggo dan juga isterinya tidak berdiam diri dan membalas segala kritikan yang dilemparkan kepada mereka. Menurut Sheila Rusly, kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menghalang stafnya daripada melakukan suntingan seperti biasa.

Jinggo juga tidak lupa untuk ‘menyekolahkan’ para netizen yang hanya menunding jari tanpa mengetahui penat jerih pihak produksi dalam menjayakan drama ‘Bukan Gadis Biasa’.

jinggo perjelas watak opah aminah

jinggo perjelas watak opah aminah

Pun begitu, penjelasannya yang menggunakan bahasa yang agak kasar nyata membuatkan netizen bertambah meluat kerana individu yang mula-mula bertanyakan soalan itu menyuarakannya dengan nada berhemah.

netizen kritik jawapan sheila rusly dan jinggo

Selepas ‘pertelingkahan’ ini, seorang individu di Twitter telah memuat naik satu entri yang mengatakan bahawa Erra Fazira berjaya membawa wataknya sebagai orang tua dengan jayanya dalam filem popular ‘Hingga Hujung Nyawa’.

erra fazira berlakon watak tua

Segelintir netizen juga bersetuju bahawa Erra berjaya menghidupkan watak itu meskipun dia berlakon sebagai orang tua berusia 74 tahun meskipun baru mencecah umur 30 tahun pada ketika itu.

erra fazira hingga hujung nyawa

netizen puji erra fazira dalam hingga hujung nyawa

Tak cukup dengan itu, netizen juga membanjiri Erra Fazira dengan pujian kerana berjaya melakonkan watak gadis berbadan gempal dalam filem ‘Cinta Kolestrol’ sehingga membuatkan ianya nampak ‘real’.

erra fazira cinta kolestrol

Penonton bukannya mahu mengkritik hasil kerja sesuatu produksi, cuma ingin menyampaikan cadangan dan juga persoalan yang sering berlegar-legar di minda mereka. Maklumlah bukan semua bekerja dalam industri seni, jadi perasaan ingin tahu itu membuak-buak.

Sumber: Twitter


6 responses to “Kecoh Isu Opah Aminah, Netizen Imbas Kembali Erra Fazira Hidupkan Watak Tua Dalam ‘Hingga Hujung Nyawa’”

  1. covida20 says:

    setuju sgt dgn awak…..konon dok London kota metropolitan tapi cara berckp kuang ajar….dgn rambut kepok2 ala kobis. lgi satu tak leh brain dia jdi mak kpd nazim Othman….ni main tangkap muat jer amik semua pelakon…lgi satu si shajiry tu watak tokey supermarket tapi dah mcm mat caribean pulak.

  2. Anonymous says:

    soalnya bukan pasal pelakon veteren larat ke tak dtg shooting Jinggo oiii, tapi makeup org tua tu pon dah ketara fail.. netizen bukan bodoh2 wey.. netizen skrg layan netflix, HBO. ko tu je yg stuck buat drama2 tak membina minda camni. bahasa ko reply camtu sebenarnya nampakkan ko yang tak berapa cerdik

  3. Zenot says:

    Sy xminat langsung watak juliana yg dibawa ozlyn coz nampak spt bukan org kaya dr segi pemakaian atau percakapan.. duduk di london tp bahasa cukup kurang ajar n terpekik2..mcm perempuan kaberet jee ?? sorry to say.. better ambil marissa yasmin, norish karman, maria farida yg ganti ozlyn.. style org kaya kena ada lah..

  4. Anonymous says:

    Drama SR ini tak habis habis buat drama kes dera budak, macam drama pia, cindai, dengan heroin andalan die si Ayda jebat tu, tak logik langsung jalan cerita siksa merapu melalut

  5. RIZMAR says:

    Opah Aminah dah nampak seram plak bila dah tua…bercakap pon mcm nenek gondrong dah…serammmmm

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...