May 15th, 2020

Kecoh betul dengan isu ‘Opah Aminah’ iaitu watak yang dibawa oleh Sheila Rusly dalam drama ‘Bukan Gadis Biasa’ sejak beberapa hari ini. Rata-rata penonton sepertinya banyak yang tidak puas hati dengan naskhah ini termasuklah proses suntingan, pemilihan pelakon dan banyak lagi.

sheila rusly opah aminah

Selepas menerima kecaman hebat daripada orang ramai, Jinggo dan juga isterinya tidak berdiam diri dan membalas segala kritikan yang dilemparkan kepada mereka. Menurut Sheila Rusly, kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menghalang stafnya daripada melakukan suntingan seperti biasa.

Jinggo juga tidak lupa untuk ‘menyekolahkan’ para netizen yang hanya menunding jari tanpa mengetahui penat jerih pihak produksi dalam menjayakan drama ‘Bukan Gadis Biasa’.

jinggo perjelas watak opah aminah

jinggo perjelas watak opah aminah

Pun begitu, penjelasannya yang menggunakan bahasa yang agak kasar nyata membuatkan netizen bertambah meluat kerana individu yang mula-mula bertanyakan soalan itu menyuarakannya dengan nada berhemah.

netizen kritik jawapan sheila rusly dan jinggo

Selepas ‘pertelingkahan’ ini, seorang individu di Twitter telah memuat naik satu entri yang mengatakan bahawa Erra Fazira berjaya membawa wataknya sebagai orang tua dengan jayanya dalam filem popular ‘Hingga Hujung Nyawa’.

erra fazira berlakon watak tua

Segelintir netizen juga bersetuju bahawa Erra berjaya menghidupkan watak itu meskipun dia berlakon sebagai orang tua berusia 74 tahun meskipun baru mencecah umur 30 tahun pada ketika itu.

erra fazira hingga hujung nyawa

netizen puji erra fazira dalam hingga hujung nyawa

Tak cukup dengan itu, netizen juga membanjiri Erra Fazira dengan pujian kerana berjaya melakonkan watak gadis berbadan gempal dalam filem ‘Cinta Kolestrol’ sehingga membuatkan ianya nampak ‘real’.

erra fazira cinta kolestrol

Penonton bukannya mahu mengkritik hasil kerja sesuatu produksi, cuma ingin menyampaikan cadangan dan juga persoalan yang sering berlegar-legar di minda mereka. Maklumlah bukan semua bekerja dalam industri seni, jadi perasaan ingin tahu itu membuak-buak.

Sumber: Twitter


6 responses to “Kecoh Isu Opah Aminah, Netizen Imbas Kembali Erra Fazira Hidupkan Watak Tua Dalam ‘Hingga Hujung Nyawa’”

  1. Capri says:

    Alangkah Hollywood directors pun kena kritik, mcm Zack Snyder dan Brian Singer. Ni, industri hiburan Malaysia ni dah la kecik, pengarah2 pun alahaiii.. berapa kerat sgt yg betul2 talented dan menghasilkan karya yg boleh diangkat ke luar negara.. tapi konfem la tak termasuk org2 mcm si Jinggo ni.. manakan tidak, kena kritik sikit, terus defend diri, angkuh ckp netizen bukan org seni so tak reti interpret.. alahaiii sgt. Bukannya seni ni susah nak faham mcm rocket science. Positive people take criticisms as a means to improve, bukannya automatically jadi defensive. Sama je laki bini. Annoying.

Leave a Reply to Zenot Cancel reply

Loading...