Kecoh sekarang ini di setiap platform media sosial berkenaan seorang influencer popular, Syamimia membuat video penjelasan kenapa dirinya tidak membuat sebarang perkongsiaan ataupun awareness mengenai isu Palestin-Israel.
Oleh kerana membuat video penjelasan tersebut, teruk pempengaruh terbabit dikecam ramai, dimana ada yang berkata Syamimia ‘try hard’ untuk memberi alasan.
Belum reda dengan isu tersebut, timbul pula dakwaan mengenai wanita tersebut suka body shaming orang lain dan mempunyai sifat ‘cakap lepas’.
Sedar mengenai dakwaan terbabit, Syamimia tidak mendiamkan diri dan meminta individu tersebut berhenti dari membuat fitnah yang boleh mendatangkan kebencian orang ramai.
Influencer tersebut sedar akan kesilapannya memuat naik video penjelasan tersebut tetapi itu tidak bermakna individu berkenaan boleh sesuka hati menjaja cerita tidak benar.
Bahkan, Syamimia meminta individu tersebut memberi penjelasan secara jelas kepadanya bilakah dia memanggil individu itu dengan panggilan ‘gemuk’.