Kecoh Isu Anak Dikhianati Kawan Baik, Azhar Sulaiman & Isteri Akhirnya Respon – “Bila Bergaduh, Cubalah….”

Hiburan

Kecoh Isu Anak Dikhianati Kawan Baik, Azhar Sulaiman & Isteri Akhirnya Respon – “Bila Bergaduh, Cubalah….”

Sejak beberapa hari lepas, nama anak Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona hangat menjadi bualan selepas video TikTok dimuat naik olehnya mencuri perhatian.

Menerusi video itu, Leona mendedahkan hatinya berkecai apabila mendapat tahu rakan baiknya menjalinkan hubungan dengan bekas teman lelakinya.

Advertisement

Warganet kemudian membuat dakwaan bahawa individu dimaksudkan oleh Leona adalah rakan baiknya yang juga seorang pempengaruh terkenal, Cupcake Aisyah.

leona cupcake aisyah

 

Family Aisyah bersuara? Ini pula respon Azhar Sulaiman dan isteri

Isu itu menjadi lebih besar apabila ibu dan saudara mara Cupcake Aisyah turut ‘sama naik’ bersuara serta mempertahankannya dan menafikan dakwaan warganet.

Bagaimanapun, keluarga Leona dilihat memilih untuk berdiam diri dan tidak masuk campur urusan tersebut namun bapanya, Azhar Sulaiman ada memuat naik video di Instagram.

Berdasarkan caption, hantaran itu dipercayai ada kena mengena dengan kontroversi yang melanda anak perempuannya apabila Azhar dilihat menyampaikan kata-kata isterinya, Chempaka.

Bila bergaduh, cubalah  ingat balik masa gembira bersama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

Ramai yang memberikan respon emoji ketawa kerana terhibur dengan gelagat Azhar dan segelintir individu dilihat meninggalkan komen berkenaan kontroversi tersebut.

komen

Terdahulu, tindakan ibu dan saudara mara Aisyah yang bersuara dan mengutuk Leona tentang isu ini mendapat kecaman ramai sehingga dikatakan ‘melebih-lebih’.

cupcake aisyah leona
4 months ago

"Macam Bang*ng Cakap Pasal Baju, Kau Pun 2x5 Tak Cukup Kain" - Netizen Menyampah 'Cousin' Cupcake Aisyah 'Over' Kutuk Leona

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...