Kecoh Di Twitter Wanita China Dakwa Polis Peras Ugut RM200 Sebab Tak Bawa Pasport , Teruk Dikecam Netizen

Trending

Kecoh Di Twitter Wanita China Dakwa Polis Peras Ugut RM200 Sebab Tak Bawa Pasport , Teruk Dikecam Netizen

Hangat menjadi bualan di Twitter sejak beberapa hari lepas tentang video yang mempamerkan seorang wanita warganegara China yang mendakwa telah diperas ugut oleh polis di Malaysia.

Menerusi video yang tular itu, wanita terbabit bercakap panjang menceritakan tentang situasi yang dihadapinya dan turut menunjukkan wajah seorang anggota polis yang didakwa memeras ugut duitnya.

Advertisement

Aku telah diperas ugut oleh polis yang membawa senapang di Malaysia. Selepas makan malam, aku naik Grab lebih kurang jam 11 malam.”

Katanya, pemandu tersebut kemudian tiba-tiba berhenti dan mendakwa mereka diekori oleh sebuah kereta peronda polis yang kemudian meminta pasport.

Katanya dia telah menjelaskan bahawa pasport ditinggal di bilik hotel namun dakwanya polis tersebut menerima rasuah daripadanya sehingga RM300.

 

Mana bukti?

Bagaimanapun, wanita itu dikecam teruk oleh warganet kerana menuduh tanpa menunjukkan apa-apa bukti video bahawa polis tersebut meminta atau mengambil duitnya.

Bukan itu sahaja, kata-katanya yang mendakwa polis Malaysia akan mencabul mana-mana wanita cantik berkulit putih sepertinya turut mengundang kemarahan ramai.

Kawan Malaysia saya kata selalunya kalau tak ada cash polis bawa pergi ATM, kalau tak polis bawa balai tahan satu malam….

….Kalau kulit awak putih macam saya, rupa boleh tahan, awak akan alami gangguan seksual berbentuk lisan dan sentuhan badan…”

Selain itu, ramai yang turut mengkritiknya kerana tidak tahu bahawa dia perlu bawa pasport ke mana-mana sahaja jika berada di negara luar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 pelajar spm maki
1 year ago

Maki Hamun Pembuat Soalan Dan Hina Singapura, 2 Pelajar SPM Ditangkap Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...