Bukan hanya di Malaysia tetapi negara jiran kita juga kini sedang kecoh dengan kisah kecurangan membabitkan penyanyi lelaki, Virgoun yang popular dengan lagi Surat Cinta Untuk Starla.
Isteri Virgoun, Inara Rusli membuat pendedahan itu di media sosial dan paling mengejutkan adalah dakwaannya bahawa suaminya ‘melanggan’ pelacur ketika bulan Ramadan.
Dedahnya lagi, dia juga dipaksa melayani nafsu Virgoun di siang hari pada bulan Ramadan malah penyanyi itu pernah kantoi dan menandatangani surat sumpah tidak akan ulangi perbuatannya.
Bukan itu sahaja, Inara turut berkata perempuan simpanan Virgoun tersebut pernah datang dan bertemunya di rumah pada Aidilfitri tahun lalu.
Saya pernah diperkenalkan dengan perempuan itu di sebuah kafe tempat Virgoun dan kelab motornya berkumpul. Saya tidak tahu dia siapa. Tapi selang beberapa bulan ada yang berita saya itulah pelakornya.”
Terdahulu, Inara mengejutkan ramai peminat Virgoun bahawa penyanyi kesukaan mereka curang sejak 2 tahun lepas selain mendedahkan bukti-bukti perbualan mereka berdua.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu juga didakwa pernah memberi duit kepada perempuan simpannya sejak Julai 2021 sehingga Ogos 2022.