Gempar apabila satu daerah di negara Indonesia iaitu Gunungkidul, Yogyakarta dilaporkan telah mula menunaikan solat terawih pada hari Rabu, 6 Mac 2024 dan tarikh 1 Ramadan pula telah bermula semalam.
Ia menjadi tular dan menuai pelbagai respon dalam kalangan warga maya apabila video memaparkan umat Islam di Masjid Aolia daerah itu mula menunaikan solat terawih dimuat naik di platform TikTok.
Difahamkan, imam masjid berkenaan, KH Ibnu Hajar Sholeh berkata solat terawih yang dilakukan oleh jemaah masjid berkenaan adalah sama dengan solat terawih yang dilakukan di tempat lain.
Semua sama dengan saya, saya imamnya, masing-masing ada imam, wakilnya saya. Solat terawih saya dengan witirnya 23 rakaat. Sebaiknya saling menghormati. Sebab ini masalah keyakinan.
Manakala Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Agama Gunungkidul, Sa’aba Nuroni berkata pihaknya akan terus memudahkan jemaah daerah itu meskipun terdapat perbezaan pendapat.
Dia juga menzahirkan harapan agar umat Islam lain menghormati apa yang dilakukan jemaah itu kerana mereka memahami perbezaan ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.