Kecoh Ajaran Ayah Pin Dihidupkan Kembali, Penduduk Setempat Buka Mulut – “Baru-Baru Ini Memang Ada Majlis, Tapi Itu…”

Trending

Kecoh Ajaran Ayah Pin Dihidupkan Kembali, Penduduk Setempat Buka Mulut – “Baru-Baru Ini Memang Ada Majlis, Tapi Itu…”

Kecoh baru-baru ini dakwaan bahawa wujudnya cubaan menghidupkan semula ajaran Ayah Pin oleh gerakan tertentu di sekitar Besut, Terengganu.

Seperti kita semua tahu, ajaran Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad telah diwartakan sesat oleh kerajaan Terengganu pada tahun 1997.

Advertisement

Hantaran Facebook yang sebelum ini tular telah pun dipadam oleh individu tersebut namun ia mendapat perhatian ramai kerana menimbulkan rasa bimbang sekiranya dakwaan tersebut benar.

ayah pin

ayah pin

 

Bukan perhimpunan tapi majlis keramaian

Bagaimanapun, hasil temu bual dengan penduduk di Kampung Batu 13, Hulu Besut mendapati tiada cubaan menghidupkan semula ajaran Ayah Pin seperti yang tular di media sosial.

Salah seorang penduduk di situ menafikan dakwaan terbabit dan berkata perhimpunan yang sering dilihat itu sebaliknya merupakan majlis keramaian dianjurkan oleh ahli keluarga Ayah Pin.

Baru-baru ini (Februari lepas) memang ada majlis kenduri perkahwinan anak Ayah Pin dan ramai saudara mereka datang termasuk saya turut dijemput. Ahli keluarga Ayah Pin yang tinggal di sini selalu buat majlis keramaian termasuk sambutan hari jadi.

ayah pin

 

Pihak berkuasa sentiasa pantau

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Batu 13, Ab Ghani Mamat turut mengesahkan penafian penduduk berkenaan.

Katanya, tiada sebarang aktiviti mencurigakan berlaku dalam tempoh terdekat dan pihak berkuasa sentiasa memantau penempatan tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pihaknya kini masih menyiasat dan pemilik akaun yang menularkan dakwaan itu mungkin akan dipanggil jika perlu, untuk membantu siasatan.

Setakat ini, kita mahu melihat daripada semua sudutlah (termasuk) apa tindakan yang perlu kita ambil.

Terdahulu, Yahaya telah hadir untuk meninjau penempatan pemimpin ajaran sesat itu yang kini menjadi tempat tinggal ahli keluarga dan sanak saudaranya.

ayah pin

ayah pin
9 months ago

Ajaran Ayah Pin Kembali? Jom Imbau Kembali 5 Kepercayaan 'Karut' Pengikut Ayah Pin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...