Kecilkan Pori & Jadikan Tekstur Kulit Lebih Sekata Dengan Serum Terbaru Eucerin! Khas Untuk Kulit Berminyak

Fesyen

Kecilkan Pori & Jadikan Tekstur Kulit Lebih Sekata Dengan Serum Terbaru Eucerin! Khas Untuk Kulit Berminyak

Memiliki kulit wajah yang sihat berseri dan tak kusam merupakan impian semua tanpa mengira jantina dan usia. Namun begitu, masalah seperti kulit berminyak dan liang pori besar sering menjadi penghalang.

Jadi kali ni Amazing Nara nak kongsikan penyelesaian terhadap masalah ini. Sebelum tu, anda kena tahu yang wajah kita sememangnya mempunyai pori yang menghasilkan minyak tetapi masalah minyak yang berlebihan inilah yang kita nak atasi.

Advertisement

Minyak ini puncanya daripada pori yang merupakan bukaan kecil pada kulit wajah. Pori ni bersambung ke folikel rambut dan setiap liang ini mempunyai kelenjar sebum yang menghasilkan minyak.

Masalah pori besar pada dasarnya disebabkan oleh rembesan sebum yang berlebihan yang terkumpul kemudian dan folikel rambut tidak dapat mengeluarkannya dari wajah.

Sebum yang terkumpul ini pula, akan menyerap debu di udara dan menyekat liang yang menyebabkan pori pada wajah perlahan-lahan ditutup oleh bendasing dan kotoran. Inilah punca yang menyebabkan kulit muka kita berminyak dan pori kelihatan lebih besar. Tak sukanya!

Jadi macam mana nak dapatkan kulit wajah yang bersih dan pori yang lebih kecil? Mudah saja, bagi anda yang mempunyai kulit wajah jenis berminyak, kami mengesyorkan penggunaan produk yang mengandungi asid serum atau gel yang membantu menghilangkan sel-sel kulit mati dan minyak yang berlebihan. Barulah pori-pori tak kelihatan besar!

Selain tu, kami yakin ramai yang suka menyembunyikan pori dengan solekan untuk kelihatan flawless.

Tak salah pun, tapi tips penting yang anda kena lakukan ialah memastikan pembersih solekan dan pelembab kulit yang digunakan mempunyai fungsi untuk melawan pembesaran pori. Hmm produk apa yang sesuai?

Haa.. Ni kami nak share yang Eucerin baru je melancarkan Eucerin Poreless Solution Pore Minimizer Serum yang dapat membantu mengecilkan pori-pori dan menjadikan tekstur wajah lebih sekata. Paling best, produk ni sangat disyorkan untuk kulit berminyak dan boleh didapati secara eksklusif di Watsons.

Bukan itu je tau, terdapat juga Siri ProACNE Solution yang diformulasikan khas bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat. Ia telah terbukti secara klinikal dapat membantu mengurangkan jerawat dan parut dengan berkesan dalam masa 7 hari je, serta mencegah jerawat daripada kembali. 

93 peratus pengguna yang mencuba inovasi terbaru Eucerin Poreless Solution Pore Minimizer Serum ni bersetuju pori mereka mengecil dalam masa 4 minggu penggunaan. Wow anda tak nak cuba juga ke?

Penyelesaian kulit berminyak dan liang pori terbuka

Mengapa kami recommend Eucerin Poreless Solution Pore Minimizer Serum ni, pertama sekali kerana tekstur serum ni yang sangat ringan dan tidak berminyak. Menjadikan wajah terasa lebih segar selepas digunakan. 

Gunakan serum sebelum memakai pelembab bagi membantu penyerapan yang lebih maksimum.

Sebagai tambahan kepada Poreless Solution Pore Minimizer Serum, anda disyorkan menggunakan Eucerin ProACNE Solution Cleansing Foam bersama Eucerin ProACNE Solution A.I. Matt Fluid, bagi mengawal minyak dan mengecilkan liang pori dengan berkesan dalam satu masa!

Langkah 1: Bersihkan muka dengan Eucerin ProACNE Solution Cleansing Foam

Pembersih wajah ini sangat sesuai untuk kulit berminyak. Ia dapat membersihkan kotoran pada wajah dan liang pori dengan lembut dan mendalam bagi menghalang jerawat dan bintik hitam.

Eucerin ProACNE Solution Cleansing Foam ni tidak mengandungi alkohol dan dengan kandungan Bisabolol yang bersifat anti radang, ia membantu melegakan masalah kerengsaan kulit selepas mencuci muka. Wajah lebih bersih dan segar tanpa rasa kering pada kulit.

Langkah 2: Eucerin Poreless Solution Pore Minimizer Serum

Tekstur serum ini yang ringan, memudahkannya cepat menyerap sebaik sahaja disapukan pada wajah. Paling best kulit tak terasa berminyak pun.

Komponen AHA berganda Poreless Solution Pore Minimizer Serum ini terdiri daripada Asid Glikolic (Glycolic Acid) dan Asid Laktik (Lactic Acid),  merupakan asid yang boleh larut dalam air.

Asid Glikolik merupakan salah satu molekul terkecil dalam asid buah yang diekstrak daripada tebu. Ia dapat menghilangkan kulit mati pada wajah dengan lembut, mencegah pori tersumbat, dan mengecilkan pori seterusnya menjadikan kulit wajah tampak lebih licin. 

Manakala Asid Laktik (Lactic Acid) membantu pengelupasan dengan kesan yang sangat ringan dan melembapkan kulit, selain dapat memetabolismakan sel-sel kulit mati, membersihkan liang pori yang tersumbat, serta mengekalkan kelembapan wajah.

Kesemua bahan-bahan ni terbukti berkesan mengecilkan saiz pori dan mengembalikan kehalusan kulit, agar wajah tidak kelihatan kasar dan kusam!

Langkah 3: Eucerin ProACNE Solution A.I. Matt Fluid

Langkah terakhir ialah dengan menggunakan pelembap kawalan minyak dengan kesan anti-sinar yang dapat bertahan sehingga 8 jam. Kulit tidak cepat berminyak dan wajah pun tak kelihatan berkilat!

Dengan kandungan Licochalcone A, ia berkesan sebagai anti-radang dan anti-kerengsaan, yang membantu mengurangkan inflamasi. Ia juga mengandungi Asid Salisilik, bahan anti-bakteria yang dapat menghilangkan jerawat dan kesan jerawat!

Hanya dengan menggunakan Eucerin ProACNE Solution, masalah kulit berminyak dan liang pori besar dapat diselesaikan dan wajah pun kelihatan lebih sihat dan sekata.

Jika anda menggunakan 3 produk seperti yang kami sarankan di atas, kami pasti ia berkesan membantu membersihkan dan mengawal minyak punca jerawat pada wajah!

Kalau anda nak dapatkan wajah yang “bebas pori” dan kulit yang cantik sekata, pastikan Eucerin pilihan anda. Lepas ni, tak perlu lagi solekan yang tebal untuk menutup pori di wajah.

Selain disyorkan oleh pakar dermatologi, Eucerin juga telah menjalani ujian klinikal dan terbukti selamat untuk digunakan. 

Jadi tunggu apa lagi? Segera dapatkan Eucerin Poreless Solution Pore Minimizer Serum di Watsons Malaysia atau klik di SINI untuk membeli!

Untuk maklumat lanjut, ikuti Facebook dan Instagram Eucerin Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...