‘Kecil-Kecil Dah Kuat’ – Netizen Tersentuh Baca Ucapan Fizo Omar Buat Anak

Hiburan

‘Kecil-Kecil Dah Kuat’ – Netizen Tersentuh Baca Ucapan Fizo Omar Buat Anak

Jika anda mengikuti perkembangan Fizo Omar di Instagram, dia gemar merakam kerenah lucu anak tunggal, Wan Maryam yang menghiburkan. Menginjak usia empat tahun, Wan Maryam dilihat sangat aktif berceloteh dan sentiasa happy go lucky. Memang periang sungguh!

Terbaru, ucapan penuh bermakna Fizo Omar buat anak perempuannya ini telah menyentuh hati netizen. Ramai yang sebak mengenangkan Maryam yang sangat bijak di usia kanak-kanak.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Menerusi bait kata yang ditulis, Fizo Omar menggambarkan perasaan yang dirasainya apabila dikurniakan gadis kecil ini di dalam hidup. Dia berasa sangat beruntung menjadi bapa kepada seorang gadis yang bersungguh menjelajah dunia. Apabila melihat gadis kecil berambut kerinting itu, dia tahu gadis tersebut dibesarkan dengan penuh kasih sayang untuk menjadi wanita berguna kelak.

Tulisnya lagi, seluruh jiwa dan raga telah diserahkan kepada gadis kecil itu. Dia dapat merasakan kasih sayang yang luar biasa, tiada kata yang dapat menzahirkan rasa gembira saat gadis kecil itu memanggilnya ‘daddy’.

Di ruangan komen, netizen mendoakan semoga Wan Maryam menjadi seorang anak yang baik dan solehah. Mereka turut mendoakan kesejahteraan keluarga kecil ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Fizo Omar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...