Pelakon Fadlan Hazim meluahkan rasa kecewa menerusi hantaran di Instagram selepas kerja keras selama bertahun-tahun mencuba membuktikan dirinya dalam lakonan seperti tidak dihargai.
Menerusi Instagram, Fadlan berkata dia kini sudah letih selepas memberi sepenuh jiwa dan raga terhadap dunia seni yang sangat dicintainya tetapi bakatnya tetap tidak dilihat.
Saya penat. Bertahun-tahun ditolak, bertahun-tahun curahkan masa, hati dan jiwa tapi seolah-olah tiada siapa nampak. Selama ini rasa macam berlakon dalam gelap. Saya bukan mahu simpati, cuma nak jujur pada diri sendiri dan pada sesiapa yang pernah rasa tak wujud.
Tambah aktor berusia 33 tahun itu lagi, dia kini memilih untuk berehat seketika namun tidak menolak kemungkinan bersara dalam dunia lakonan.
Fadlan juga menitip pesanan buat mana-mana individu yang masih berjuang untuk mengejar impian agar tidak rasa mereka sendirian.
Buat masa ini, saya nak undur diri. Mungkin sekejap, mungkin selamanya. Saya pun tak pasti. Tapi saya tahu saya dah penat berjuang untuk dapat tempat yang sebenarnya tak pernah ada pun untuk saya. Tapi saya bangga dengan perjuangan itu, walaupun tiada siapa nampak.
View this post on Instagram
Pada masa sama, Fadlan juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang melihat hasil kerjanya meskipun dalam senyap.
Anda buat saya terus bertahan lebih lama daripada yang saya sangka.