“Kecewa! Tolong Hormat Hasil Kerja Orang” – Loca B

Hiburan

“Kecewa! Tolong Hormat Hasil Kerja Orang” – Loca B

Penyanyi, Loca B meluahkan rasa kecewa dengan syarikat rakaman Warner Music Malaysia dan Black Hat Records yang dikatakan melakukan kerja tidak sempurna apabila memuat naik album terbaru suaminya, Tuju di Spotify dan Apple Music secara tidak lengkap.

Menerusi satu hantaran Instagram miliknya, Loca atau nama sebenarnya Nabilah Hani Azali meminta supaya pihak terbabit menghormati hasil kerja anak seni.

Advertisement

Menurut Loca, 30, ini bukan kerja syarikat rakaman antarabangsa, ini adalah kerja yang tak terurus. Dia juga mengakui tidak pernah berdepan dengan hasil kerja tidak kemas sebegitu.

Paling kurang, buatlah kerja yang kemas terutamanya untuk sesuatu yang asas. Hormat seni orang.

Jelas Loca, syarikat rakaman tersebut turut membuat janji kosong untuk membetulkan kesilapan mereka dari sudut gambar kulit album dan beberapa lagu yang tidak lengkap.

Ini seni orang, tahu. Saya kecewa, kami kecewa. Di mana kualiti dalam kerja? Sila betulkan.

Advertisement

Terdahulu, Tuju yang juga merupakan anggota kumpulan K-Clique turut meluahkan rasa kecewa apabila terdapat kesilapan teknikal pada lagu dan kulit album solo pertamanya apabila dimuat naik di platform digital tersebut.

Tuju
4 bulan lalu

"Lagu Sangkut, 'Cover' Album Tak Keluar" - Tuju K-Clique Kecewa Hasil Kerja Tak Seperti Diharapkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    January 9, 2022 at 6:55 pm

    Ya busuk… kau je rasa diorang tu kepam… mungkin hanya yang kepam aje kenal orang kepam…

  2. Busuk

    January 9, 2022 at 4:48 pm

    Aku je ke yg rasa dia dua org ni kepam?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...