Kecewa Sehingga Menitis Air Mata, Elizabeth Tan Kesal Jual Baju Jenama Sendiri Tanpa Label Kepada Pelanggan

Hiburan

Kecewa Sehingga Menitis Air Mata, Elizabeth Tan Kesal Jual Baju Jenama Sendiri Tanpa Label Kepada Pelanggan

Penyanyi Elizabeth Tan meluahkan rasa kecewa dan kesal atas kecuaian pihak pengeluar baju jenamanya yang gagal melakukan semakan kualiti sebelum menjualnya kepada pembeli.

Dia yang meluahkan perasaan di laman sosialnya itu berkata, ketiadaan label baju di pakaian bawah jenamanya itu tidak memenuhi standard yang diingininya dan turut kesal kerana terpaksa mengeluarkan modal yang banyak.

Advertisement

Elizabeth juga dilihat tidak dapat menahan air matanya daripada menitis kerana terlalu kecewa apabila berkongsikan mengenai hal itu.

View this post on Instagram

Sayang ke tak? ?

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan) on

“Sekarang saya betul-betul kecewa selepas sedar pihak itu tak letak tag jenama kat bawah baju. Ia sepatutnya ada tag. Dia janji nak QC (kawalan kualiti) dan dah janji kat saya untuk QC semua. Saya bayar dia banyak..modal saya bukan sikit,”

Netizen serta peminat yang mengikuti perkongsian penyanyi lagu Knock Knock itu rata-rata bersimpati dengan nasib yang menimpa dirinya dan ada yang memberi cadangan supaya wanita berusia 30 tahun itu mengambil tindakan sepatutnya terhadap pihak terbabit.

Dalam pada itu, Elizabeth turut memesan supaya pembeli yang mahu wang mereka dikembalikan boleh berbuat demikian di laman e-dagang yang menjual bajunya itu.

Dia turut meminat maaf kepada pembeli atas kesilapannya kerana tidak melakukan pemeriksaan dengan betul kerana terlalu percayakan orang lain dan turut berterima kasih kepada peminat yang masih menyokong kariernya kini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...