Kecewa Perkhidmatan Sering Tergendala, Penumpang Desak KTM Minta Maaf

Trending

Kecewa Perkhidmatan Sering Tergendala, Penumpang Desak KTM Minta Maaf

ktm-rosakSeorang pengguna KTM meluahkan kekecewaan dengan perhidmatan awam itu yang dianggapnya tidak pernah berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan walaupun telah menaikkan kadar tambang 30 peratus.

Memetik portal FMT, Rishwin Singh Sinda menerusi status Facebook meluahkan tidak puas hati itu apabila perkhidmatan KTM sekali lagi mengalami gangguan pagi ini, menyebabkan dia dan ribuan penumpang lain lewat ke tempat kerja.

Advertisement

Lebih mengecewakan katanya, KTM hanya mampu meminta maaf apabila dia bertanyakan apakah masalah yang berlaku, selepas lebih sejam dia dan penumpang lain terkandas di Stesen KTM Kepong.

“Siapakah yang perlu bertanggungjawab? Ribuan penumpang berada dalam gerabak dan ribuan lain sedang menunggu. kami semua lewat ke tempat kerja, siapakah perlu bertanggungjawab?

Seorang pengguna KTM meluahkan kekecewaan dengan perhidmatan awam itu yang dianggapnya tidak pernah berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan walaupun telah menaikkan kadar tambang 30 peratus.

Rishwin Singh Sinda menerusi status Facebook meluahkan tidak puas hati itu apabila perkhidmatan KTM sekali lagi mengalami gangguan pagi ini, menyebabkan dia dan ribuan penumpang lain lewat ke tempat kerja.

Lebih mengecewakan katanya, KTM hanya mampu meminta maaf apabila dia bertanyakan apakah masalah yang berlaku, selepas lebih sejam dia dan penumpang lain terkandas di Stesen KTM Kepong.

“Siapakah yang perlu bertanggungjawab? Ribuan penumpang berada dalam gerabak dan ribuan lain sedang menunggu. kami semua lewat ke tempat kerja, siapakah perlu bertanggungjawab?

“Mereka hanya boleh meminta maaf tetapi majikan kami tidak akan faham ‘maaf’ jika saya lewat ke tempat kerja.

“Seorang wanita menangis, kenapa? Sebab dia lewat untuk menghadiri peperiksaan. Siapakah yang perlu bertanggungjawab jika dia gagal menduduki peperiksaan ? Ini bukan kali pertama saya lalui kejadian seperti tetapi cukup-cukuplah,” tulisnya.

Katanya, tiada siapa mempersoalkan KTM menaikkan harga tiket naik 30 peratus jika mutu perkhidmatan diberikan bertambah baik.

Sehubungan itu, Rishwin mendesak KTM meminta maaf kepada semua penumpang yang lewat ke tempat menerusi Facebook, Twitter, laman web rasmi dan apa sahaja saluran yang ada.

“Minta maaf kepada kami yang menggunakan perkhidmatan KTM setiap hari,” katanya yang menggunakan #makeitviral.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...