“Kecewa Itu Fitrah, Datang & Pergi Tu Pilihan..” – Misya Mazlan Respon Isu ‘Photoshoot’ Dengan Suami & Madu

Trending

“Kecewa Itu Fitrah, Datang & Pergi Tu Pilihan..” – Misya Mazlan Respon Isu ‘Photoshoot’ Dengan Suami & Madu

Ekoran isu kontroversi yang melibatkan anak kepada pelakon Abby dan Norman Hakim, Marissa Dania dan suaminya Aslam yang baru-baru ini terlihat digandingkan bersama dalam sebuah photoshoot bagi sebuah jenama, Misya Mazlan tampil memberi kenyataan di media sosialnya.

Founder tak sensitif

Berdasarkan story Instagram yang dimuat naik oleh Misya, dia mengakui dirinya terkejut dengan situasi di mana madunya hadir bersama suaminya untuk sesi fotografi tersebut. Menurutnya, pihak jenama tempatan itu dianggap tak sensitif kerana telah mengambil kesempatan terhadap isu rumah tangganya.

Advertisement

Misya faham peniaga-peniaga semua ada macam-macam cara untuk marketing. Cuma tak pernah terfikir akan sampai macamm ni, nak pula tentang sensitiviti sekeliling dengan situasi sekarang,

misyaSumber : Instagram  

Meluahkan rasa kecewa

Bukan itu sahaja, isteri pertama kepada Aslam ini turut memohon maaf kerana tidak dapat membalas semua mesej yang berbentuk sokongan dan doa daripada rakan-rakan serta followers.

Tambahnya di hantaran yang sama, Misya mengakui dirinya kecewa dengan kejadian tersebut namun dia percaya pasti akan ada ganjaran baik sebagai balasan untuk ujiannya ini.

Kepada semua yang mesej, maaf Misya tak sempat nak respon semua, terlalu banyak. Dan kata-kata korang semua buat Misya lebih semangat.

 

Kecewa itu fitrah, datang dan pergi itu pilihan. Tapi segala yang Allah aturkan pasti ada kebahagiaan untuk ciptaanNya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misya (@umisyamazlan)

Sebelum ini, kakak kepada Misya ini telah membidas founder serta jenama pakaian yang bekerjasama dengan Misya, Marissa dan Aslam kerana telah mengambil kesempatan dan marketing atas hal peribadinya. Tambahan pula, Misya juga tidak tahu photosoot tersebut melibatkan madu dan suaminya secara serentak.

umisya
9 months ago

"Owner Spesis Tak Ada Empati" - Butik Muslimah Dikecam Ambil Marissa & Aslam Jadi Model, Kakak Misya Dedah Perkara Sebenar?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...