January 11th, 2011

ana rafali

Bangun pagi-pagi kami dikejutkan dengan satu email yang bertajuk “Kecewa Dengan BeautifulNara”. Aduh, tak pernah dapat email yang macam ini membuatkan hati kami dap dup dap dup. Baca punya baca email tersebut, ada juga logiknya apa yang disampaikan.

Semuanya ini ada kaitan dengan entri operasi menjatuhkan Ana Raffali sudah bermula yang kami keluarkan semalam. Untuk berlaku adil, kami keluarkan juga email ini. Mana tahu boleh membuka persepsi anda semua. Tak begitu?

[note]Berbalik pada isu andy flop poppy tu saya nak suarakan kekecewaan pada abg nara sebab menuduh orang yang membangkitkan tentang isu tu seolah berniat jahat. salah ke orang ramai menimbulkan persoalan? bukan  cemburu dengan kemenangan ana raffali tetapi kecewa dengan TV3 yang gagal memilih juri dengan baik. memang keputusan takkan berubah tapi sekurang2nya bila isu ini dibangkitkan TV3 akan sedar dan lebih berhati2 pilih juri next time.

Tentang admin fb ana raffali saya memang kecewa, apa niat dia padam nama andy flop poppy masa abg nara tgk fb tu? dan kenapa skrng dia letak balik dengan hanya tulis Andy FP?? dia seolah2 takut dengan persoalan yang orang lain timbulkan. kalau dah takut tu maknanya apa??

Saya sgt tak setuju dengan entri operasi mempertikaikan kemenangan anna raffali sudah bermula?? abg nara tak perlu nak backup ana raffali.. dia tak salah pun dalam isu ni, yang salah adalah kegagalan TV3 memilih juri. dan ini terserlah bila seorang lagi juri iaitu Azmeer pun tak setuju dgn kemenangan Ana Raffali. Apa cerita??

Jika benar abang nara siasat dulu semua email yg diterima tak sepatutnya ada entri tersebut! sah2 ramai tahu Andy tu mmg ahli band Ana Raffali..  tak cukup dengan hanya update sahaja, entri tersebut harus ditulis semula.. saya antara yg mempersoalkan ansy sebagai juri berniat baik untuk tegur tv3! bukan nak persoalkan ttg kemenangan Ana Raffali.. memang rezeki dia menang tapi adalah lagi elok jika kemenangan tu tanpa kontroversi..

[/note]

Terima kasih untuk penghantar email yang berjaya menunjukkan satu persepsi berbeza kepada kami. Pendapat kami senang sahaja, pengurusan AJL kena lebih peka selepas ini. Jangan buat sesuatu yang boleh menyebabkan orang umum meragui kredibilit anda. Tak gitu?

P.S: Nasib ahli sukan


Comments are closed.

Loading...