Written by AbangNara | January 26th, 2013

Minggu lepas, Abang Nara buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke bangunan Binjai 8 untuk majlis pelancaran HiShop.my. Abang Nara tertarik dengan visi Hishop.my yang berbunyi “Make Beauty Accessible for ALL MALAYSIANS”. Cool kan?
hishopDihoskan oleh Linora Low, penyampai radio RED FM, majlis pelancaran ini berjalan dengan penuh tenang untuk kaum Adam seperti Abang Nara. Namun untuk kaum Hawa, kebanyakannya begitu sibuk melihat dan mencuba produk kosmetik yang dipamerkan.

hishop

Yang paling mencuri perhatian Abang Nara ialah produk kosmetik daripada Arty Proffesional. Ini kalau wife Abang Nara turut sama datang mahu dibelinya Arty Face Color, Arty Complexion Modifier dan Arty Nudy Lip Color. Yang bestnya team Arty Proffesional siap ada buat makeup show lagi.

hishop

Banyak lagi jenama-jenama produk kecantikan seperti Nature & Co, Mircoz, Shangpree, Nature’s Lab, Farmasi, Touch In Sol, Yadah dan Stage yang akan dijual menerusi laman web HiShop. Paling best, sehingga 31 Januari ini, ada diskaun 20% untuk kesemua barangan yang dijual di sana. Dan kalau anda beli lebih daripada RM50, penghantaran adalah percuma.
hishopAbang Nara sempat berborak dengan boss HiShop.my (lelaki kacak di dalam gambar di atas). Katanya, sehingga 31 Mac ini, mereka yang subscribe kepada newsletter HiShop.my akan ada peluang untuk menang iPad Mini. Cuma perlu letakkan email anda sahaja di sini. Kalau ada rezeki, mungkin iPad Mini itu bakal menjadi milik anda.

hishopSementara cuti panjang minggu ini, apa kata korang ushar-ushar barangan yang ada di HiShop.my. Mana tahu ada yang berkenan di hati? Layari www.hishop.my hari ini jugak sebab promosi yang ditawarkan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.