Sebelum ini, viral di media sosial Instagram mengenai sebuah hantaran video oleh usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri yang memaparkan TikToker, Ratu Farah Diva dan Kak Long 7E.
Menerusi video tersebut, kedua wanita itu dilihat menari bersungguh-sungguh mengikut rentak lagu terbaharu Datuk Aliff berjudul Baby Sayang yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Namun, gara-gara sakan menari untuk pembikinan muzik video (MV) tersebut, Ratu dan Kak Long telah menerima kecaman hebat daripada netizen.
Kelakar juga dengan kata-kata yang mereka lemparkan kepada saya. Saya sudah lali dengan kecaman.
Menurut Ratu, sejak awal aktif di media sosial, dia menganggap kritikan dan kecaman sebagai sesuatu yang melucukan dan sedikit sebanyak membantu menjadikan video muzik lagu berkenaan menjadi lebih tular.
Kalau nak masuk dunia hiburan, mental kenalah kuat. Kalau takut dikecam, buang je smua akaun media sosial.
@ratufarahdiva siapa nk tgk ratu dgn Dato cover lagu Nie ?? #teamratudiva #teamhurhar #sikokbagiduoratu #ceoofpickuplines #casabblanca
Dalam pada itu, Ratu menegaskan tarian yang dilakukannya bersama Kak Long 7E itu tidak keterlaluan dan hanya sekadar menghiburkan penonton.
Saya menari bukan over sangat. Sebenarnya dengan kecaman tulah yang menjadikan orang-orang seperti kami ni lebih viral.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.