“Kecam Seolah-Olah Saya Tak Beri Kualiti..” – Dikecam Hebat di AJL39, Aina Abdul Akui Kecil Hati dengan Netizen

Hiburan

“Kecam Seolah-Olah Saya Tak Beri Kualiti..” – Dikecam Hebat di AJL39, Aina Abdul Akui Kecil Hati dengan Netizen

Dihujani kecaman selepas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), penyanyi Aina Abdul mengakui terasa hati dengan netizen yang seakan mengabaikan kualiti persembahannya pada malam itu.

Menurut Kosmo! Online, Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani berkata, niatnya hanya mahu menyampaikan karyanya dengan jujur dan bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau mencuri perhatian.

Advertisement

persembahan aina abdul

Ada sikit rajuk, tapi taklah sampai terlalu kecewa. Saya manusia biasa, jadi apabila usaha diberikan sepenuh hati tetapi tetap tidak dihargai, sedikit sebanyak terasa juga.

 

Netizen kecam seolah-olah saya tak beri kualiti pada persembahan AJL tempoh hari. Saya rasa macam di AJL itu mereka (netizen) tidak lagi melihat kualiti. Ini bagi saya lah, saya bukan bercakap bagi pihak orang lain.

 

Melihat bagaimana netizen melayan saya sebegini, memang kecil hati. Saya cuma ada satu matlamat iaitu mahu berlaku jujur dalam berkarya. Itu yang saya cuba tonjolkan. Bukan mahu menunjuk atau ‘show off’, tetapi demi lagu dan seni.

Enggan biar kecaman ganggu emosi

aina abdul

Walaupun dihujani pelbagai kritikan, penyanyi itu tetap tenang dan enggan membiarkan kecaman mengganggu emosinya.

Namun, sebagai pemenang AJL37, dia tidak dapat mengelak daripada tempias negativiti yang terus-menerus dilemparkan kepadanya.

Mental saya? Alhamdulillah, masih kuat untuk menghadapi semua ini dengan tenang. Sejujurnya, saya tidak keluar rumah langsung selepas AJL.

 

Tapi tak boleh lari, benda negatif tetap akan sampai. Walaupun saya cuba elak, pasti ada yang datang melaporkan kepada saya. Tapi saya faham, semua orang bebas bercakap apa sahaja.

Sedar banyak tanggungjawab

aina abdul

Dalam pada itu, Aina turut berkata dia enggan tenggelam dalam kesedihan kerana sedar masih banyak tanggungjawab yang perlu dipikul.

Kalau saya biarkan emosi merajuk terlalu lama, mungkin saya tidak akan kembali. Tapi saya tak boleh macam itu, saya ada pasukan, syarikat produksi dan banyak perancangan yang perlu diuruskan.

Terdahulu, Aina menjadi sasaran kecaman hebat termasuk buli siber dan ‘face shaming’ selepas persembahan di AJL39 dan terdapat segelintir netizen seperti tidak menghargai bakatnya, malah ada yang bersorak gembira ketika dia gagal membawa pulang hadiah utama.

aina abdul mahu berhenti bertanding
5 days ago

“Kalau Boleh, Saya Tidak Mahu Bertanding, Nak Fokus Pada Konsert Sendiri ” - Aina Abdul

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...