Pempengaruh media sosial, Ahmad Aslam tampil mempertahankan isteri pertamanya, Umisya Mazlan, selepas wanita itu menerima kritikan berhubung isu rumah tangga mereka.
Menerusi siaran langsung di TikTok, Aslam atau nama penuhnya Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 25, menzahirkan rasa kesal dengan tindakan netizen yang menurutnya tidak adil.
Katanya, jika ada pihak yang mahu mengecam, biarlah dirinya kerana dia yang bertanggungjawab terhadap keadaan tersebut. Ujarnya,
Saya pun tak faham, kecamlah saya. Kenapa kalian kecam Umisya? Untuk apa?
Kenyataan itu mendapat sokongan ramai yang bersetuju Umisya tidak wajar dipersalahkan. Terdahulu, keputusan Aslam untuk berpoligami menjadikan pasangan ini tumpuan di media sosial dan sering mengundang perdebatan hangat dalam kalangan netizen.