“Kebulur Sangat Benda Free..” – Tetamu Kecewa Dapat Pizza Wagyu Hangus Daripada Jofliam Dan Dewi, Terpaksa Berebut

Trending

“Kebulur Sangat Benda Free..” – Tetamu Kecewa Dapat Pizza Wagyu Hangus Daripada Jofliam Dan Dewi, Terpaksa Berebut

Beberapa tetamu yang menghadiri rumah terbuka dan majlis perkahwinan usahawan Jofliam bersama isterinya, Dewi, meluahkan rasa kurang puas hati terhadap hidangan pizza wagyu yang disediakan.

Seakan tidak seperti yang diharapkan, para tetamu mendakwa pizza yang dihidangkan berbeza daripada versi yang dijual oleh usahawan itu.

Advertisement

Menerusi satu hantaran yang tular di platform Threads, seorang pengguna media sosial memuat naik gambar dua keping pizza yang diambilnya semasa majlis berlangsung.

pizz wagyu hangit

Gambar tersebut menunjukkan saiz pizza yang sedikit kecil daripada biasa, dan topping di atasnya juga kelihatan tidak seperti dijangka.

Malah, terdapat tetamu yang menerima hidangan dalam keadaan agak hangus apabila bahagian atas pizza itu sudah kehitaman.

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai di media sosial, dengan sesetengah pihak mendakwa tuan rumah seolah-olah tidak bersungguh-sungguh dalam penyediaan juadah untuk para tetamu.

Dalam pada itu, seorang individu lain turut berkongsi pengalaman terpaksa beratur panjang dan ‘berjuang’ bersama lebih 8,000 tetamu lain semata-mata untuk mendapatkan pizza wagyu itu.

Ada juga yang berpendapat bahawa roti nan di restoran mamak lebih menarik berbanding pizza percuma yang disediakan oleh Jofliam.

pizza wagyu hangit

Terdahulu, Jofliam memaklumkan akan mengedarkan pizza wagyu secara percuma kepada 300 tetamu terawal sebagai salah satu cara meraikan perkahwinannya dengan Emira Delyati Dewi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 days ago

“Buat Program Infaq Bagi Bantuan Sana Sini Tapi...” - Akaun TikTok ‘BoikotPakMat’ Dakwa Pak Mat Western ‘Liat’ Bayar Gaji Staf?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...